Samsung Galaxy Note 10.1

image


23 Mac 2013 : Tercapai juga hasrat untuk memiliki peranti yang menjadi igauan sejak akhir tahun lepas ni, seperti entri yang telah aku terbitkan sebelum ini. Boleh dikatakan sebelum jadi hak milik kekal, tiap kali pergi ke Giant, tentu singgah kejap Kedai Samsung untuk tilik-tilik peranti ni. Memang igauan betullah.

Sekarang. Bila dah ada kat tangan, memang melekat la. Tergodek sana, tergodek sini, nak kemaskini blog pun tak sempat. Antaranya entri ni, dah berapa lama karang dan simpan dalam bakul simpanan, tak tersempat nak diterbitkan. Sejak awal beli sampai ke entri ni di terbitkan, dah berbulan jugalah baru sempat nak coretkan sepatah dua kata dengan lengkap berkenaan peranti ni. Ini pun, Note 10.1 versi 2014 dah keluar kat pasaran sekarang ni, cumanya belum sampai Malaysia je lagi.

Berkenaan Note 10.1 terbaru tu, menarik juga dengan spesifikasi yang tertinggi setakat ni, antaranya menggunakan 3gb ram. Cumanya dari segi rupa bentuk masih tak dapat lawan dengan Note 10.1 generasi pertama. Bagi aku la, tapi dari segi fungsi baru untuk pen stylusnya tu boleh tahan. Harapnya Samsung dapat kemaskini sistem Android 4.3 kat Note 10.1 generasi pertama ni, sekarang paling terbaru pun versi 4.1.2 Jelly Beam. Versi 4.2.2 tu pun entah dapat ke tidak pun belum pasti. Kalau tidak, tak dapat la merasa fungsi-fungsi terbaru dari Samsung ni.

Apa yang membuatkan Note 10.1 generasi pertama ni jadi pilihan diantara tablet lain yang berada dipasaran masa ini, terutama masa tu dah keluar untuk Samsung Galaxy Note 8.0 di pasaran. Tapi tetap juga dengan Samsung Galaxy Note 10.1. Pasal tu, tunggu entri kat Laman Mobile.

Sehingga kini, sememang berpuas hati sepenuhnya menggunakan peranti ni. Cuma ada kalanya peranti ni walaupun menggunakan 2Gb ram, masih lagi tersangkut dan tak lancar sepenuhnya bila ruang storan dah sampai separuh. Mungkin ini perkara biasa peranti yang menggunakan sistem operasi Android.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s