Rangkaian P1Wimax

Rangkain Jalur Lebar P1Wimax adalah penyedia ISP yang tidak asing lagi di malaysia, yang mana berslogankan ‘POTONG’ memenuhi segenap iklan seketika waktu dahulu. Iklannya mula bersiaran di kaca TV sekitar tahun 2009, dan kini kembali menawarkan beberapa pakej baru dengan slogan  ‘LAGI POTONG STIM’.

Dengan kelebihan penyediaan access wifi untuk pengunaan lebih dari seorang pengguna pada satu-satu masa dan terdapatnya pakej bayaran bulanan mampu milik untuk golongan sederhana. Ia membuatkan P1Wimax tersenarai dalam pemilihan perkhimatan jalur lebar yang ingin aku gunakan seterusnya setelah sekian lama menggunakan Celcom Broadband Stick seawal-awal kemegahannya dahulu.

Oleh disebabkan penggunaan yang terhad untuk seorang pengguna sahaja pada satu-satu masa (tanpa wireless router), terpaksalah juga dilepaskan untuk perkhimatan yang lebih baik dan maju setapak ke depan.  Malah quota yang disediakan lebih dari sebelumnya dan bayaran bulanan pula lebih murah.

Kenapa memilih P1Wimax sebagai pengganti ISP sebelum ini? Sudah tentunya seperti keterangan di atas yang mana bayaran bulanan mampu milik dan sokongan sambungan wifi untuk kegunaan ramai. Selain itu, liputan rangkain sekitar taman yang aku duduki adalah  agak baik melalui perkhabaran jiran tetangga. (kenapa agak baik ye.. hehee).

Sekian lama menjalankan kerja pemerhatian dan perhintungan, akhirnya keputusan pemilihan pelan dipersetujui bersama keluarga. Service Plan Home sudah memadai untuk kegunaan yang sederhana. Malah P1Wimax menyediakan khimat tambah nilai quota pada harga Rm10 untuk 2Gb.

Mari lihat, apa yang ada dalam kotak.

Modem (DV230)

Usb Penyambung Wifi (UF230)

Penyambung Kuasa

Wayar LAN

Walaubagaimana pun, cabaran amat mencabar sebelum dapat menggunakan secara normal. Tidak semudah yang disangka dan dicanangkan, namun kemungkinan 1 dalam 1000 pengalaman ni terjadi.

Untuk cerita lebih lanjut, akan aku sambung pada entri yang lain pula. Nantikan ye.

***

Kemaskini 19 Februari 2013

1. Pengalaman bersama P1Wimax

2. Pengalaman bersama P1Wimax (part 2)

3. Pengalaman bersama P1Wimax (part 3)

Advertisements

One Response to Rangkaian P1Wimax

  1. Pingback: Aktiviti Sekitar : PC Fair Kuala Terengganu | Petiirrzzz

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s