Nokia N97

Peranti ini amat berguna untuk aku. Nokia n97. Mungkin sudah ketinggalan namun masih mampu beroperasi semaksimanya. Aku miliki peranti ini sekitar Ogos 2010. Antara sebab kenapa peranti ini jadi pilihan adalah disebabkan harga ketika ini telah jatuh mendadak. Hehehe… Retetan tidak mampu menampung permintaan pengguna untuk beroperasi dengan lebih selesa dan sentiasa bermasalah pada sistemnya. Ramai telah menjualkannya semula dan pada harga tangan kedua (secondhand) memberi peluang pengguna biasa memiliki dan merasainya. Ketika itu, masih lagi dalam ‘warranty’ tiga bulan.

Selain itu gaya, ‘slide’ tepinya seperti sebuah laptop kecil menarik minat pandangan pertama. OS berasaskan symbian 1 dan dalam kategori ‘smartphone’ pelbagai guna untuk komunikasi sosial, penunjuk arah, aplikasi rujukan, hiburan dan bermacam lagi malah mampu dijadikan sebagai router untuk menikmati wifi pada peranti lain. Cukup hebatkan?

Beberapa keping gambar yang dirakam:

Masih lagi dalam berkeadaan baik dari luarnya namun telah ke NCC disebabkan masalah papan kekunci qwerty pada mood nombor. Cukup baik kerana masih dalam waranti walaupun ‘secondhand’.

Seakan-akan laptop pada skala kecil setelah papan kekunci qwerty dikeluarkan. Dengan sudut pandang pengguna, amat selesa untuk ber ‘sms’.

Butang menu senang dicapai malah bila tekan lama-lama, akan memaparkan aplikasi yang beroperasi belakang takbir. Mempunyai 2 speker di sebelah kirinya. cukup lantang untuk menikmati muzik kegemaran.

Mempunyai kamera dibahagian depan untuk menikmati ‘video call’ dengan insan tersayang. hehe…

Jenama NOKIA. Dengan gahnya dipaparkan dengan ukiran pada bingkai skreen.

Juga di paparkan pada bahagian belakang badan telefon.

Kamera bahagian belakang, Carl Zeiss 5mp. Mempunyai Auto Fokus. Cukup memandai untuk bergambar dimana sahaja.

Mempunyai D-Pad pada papan kekunci. Berfungsi seperti tetikus pada komputer.

Pada sisi kanannya mempunyai butang kamera dan pengubah turun naik suara.

Dan pada sisi atasnya adalah butang tutup dan sambunagn pembesar suara nHD 3.5″.

Beroperasi dengan kadar agak memuaskan walaupun ramai yang memperkatakan ‘smartphone’ ini bermasalah. Masih mempunyai pelbagai fungsi yang tidak dijelaskan. Untuk maklumat lebih lanjut, hanya Google sahaja. Nikmatilah Kemudahan yang anda miliki sepenuhnya, untuk kebaikan dan menambah pengetahuan. Selamat menambah pengetahuan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s