Nokia E7-00

Akhirnya, 11 Februari 2012. 


Dapat juga aku memiliki “smartphone” yang dah lama jadi idaman selama ni, sejak awal-awal kemunculannya sekitar 2010 lagi. Reka bentuknya yang “slim” memang memancing minat aku dengan adanya “keypad qwerty” tersembunyi di bawah skrin yang boleh di “slide” dari arah tepi dan mendongak mengikut sudut pandang pengguna. Lebih kurang sama seperti “smartphone” pertama aku iaitu Nokia n97, dan kerana itu juga model ni seakan menjadi kemestian untuk aku miliki.

Bermula sabtu lepas, tengok-tengok laman mudah.my yang memang terkenal dengan jualan di arena internet ni. Samentelah sememang tinjau-tinjau jikalau ada Nokia E7 yang sesuai dengan buget dan berkenan dihati. Kebetulan ada yang mahu “let go” murah-murah dan masih dalam keadaan elok lagi. Cuma tidak disertakan aksesori lain, hanya “phone” sahaja. Aku fikir masak-masak juga sebelum buat “deal” untuk meneruskan urusniaga. Bukan apa, risau juga kalau-kalau barang tipu dari china (bukan made in china). Tengok punya tengok, ada lambang SIRIM. Kira barang asli la tu kot bila ada cop SIRIM, tidak la risau sangat. Lagi pun, masih ada penampal waranti ZITRON, walaupun tempohnya telah tamat.

Selesai urusan pada petang sabtu tu. Malamnya, tanpa berlengah lagi. Aku terus menaik taraf sistem operasinya yang masih menggunakan Symbian Anna kepada sistem operasi yang terbaru dari Nokia iaitu Symbian Belle. Memang menarik, lagi-lagi pihak nokia baru sahaja lebih kurang seminggu dua melepaskan OS terbaru ni di Malaysia. Kira bertuah terus dapat guna yang terbaik dari Symbian.

Oleh kerana itu. Mula dari ini, aku rasminya mengguna Nokia E7 dan Nokia n97 tu aku serahkan pada isteri bagi menggantikan Nokia 6500 “slide” yang kerosakan “speaker”, hehh… Lagi pun, agak lama juga 6500 “slide” tersebut memberi khidmat. Bermula sekitar 2008 dan sehingga kini. Namun, setelah dibaiki. Ia akan berfugsi sebaiknya.

Kemungkinan besar, bermula dari ini juga. Aku akan adakan entri menunjukkan perbezaan antara dua “smartphone” yang aku gunakan ini. Melihat adakah Nokia e7 ini lebih baik dari Nokia n97 mengikut sudut pandangan mata aku. Walaupun E7 ini versi terbaru, tidak semestinya lebih baik dari yang lama.

Entri akan datang pada Laman Utama, aku akan ulas lebih dalam kenapa aku pilih Nokia E7 ni. Sedangkan musim ni orang sibuk memperkatakan Samsung dengan Android. Malah, adakah aku bakal beralih kepada “smartphone” Android dari Samsung atau mana-mana pengeluar dalam setahun dua ini? Sehinga kini belum ada yang menarik minat aku kecuali Sony tablet S yang cukup mengkagumkan aku, hehh….

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s