Sony Speedlight HVL – F42AM

Rezeki akhir tahun, dapat juga aku miliki lampu denyar yang sama jenis dengan kamera DSLT ni. Dengan bajet yang ciput, kena la up secara berperingkat, kan? Boleh dikatakan, ini  aksesori kedua selepas bateri yang mana aku gunakan sebagai bateri kedua untuk backup semasa kecemasan.

Rabu lepas, bertarikh 21 Disember 2011. Aku berurusniaga dengan bekas tuan empunya lampu denyar ni melalui laman jual beli terkemuka di malaysia, iaitu mudah.my. Walaupun barang tangan kedua, namun masih berfungsi dengan baik setelah digunakan selama setahun oleh pemilik pertamanya.

Pada harga yang amat berpatutan walaupun sesetengah perkakas yang diserta seiring dengannya tidak disertakan sama (tapak & beg), aku cukup berpuas hati. Jika mahu dibandingkan dengan yang baru dari kedai, sememangnya belum terjangkau.

Cukup sudah memandai untuk berfotografi, lagi – lagi seperti aku yang masih lagi diperingkat belajar dan memahirkan diri. Spesifikasinya mampu mendongakkan kepala denyar dari 45 – 60 -75 darjah ke atas serta sehingga 90 darjah ke kiri dan 180 darjah ke kanan. Terdapat juga mod tanpa wayar sebanyah 2 channel selain dari mod auto dan tanpa denyar. Juga mod HSS untuk kelajuan tinggi denyar. Selain mod level secara auto, terdapat juga pada peringkat 1/1 – 1/2 – 1/4 -1/8 – 1/16 & 1/32. Begitu juga dengan mod zoom dan wide. Ia mampu menjagkau jarak sejauh 105 – 70 – 50 – 35 – 28 & 24.

Ape pun, aku nak cuba try test dulu. Rasa bertambah semula semangat berfotografi aku ni. heheheee….

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s