DSLT Sony Alpha 33

Peranti pilihan yang aku miliki ini adalah kamera jenis DSLT Sony Alpha 33 (Digital Single Lens Translucent). Jika Kalian tanya aku apa itu SLT, aku sendiri tidak pasti. Dari pencarian aku, ia bererti menggunakan cermin semi-lutsinar yang mana mampu memberikan auto fokus dengan cepat. Malah adalah kamera yang pertama menggunakan SLT ini.

Aku milikinya sekitar november 2010. Antara sebab kenapa sony a33 menjadi pilihan berbanding jenis jenama lain yang lebih gah namanya seperti nikon atau canon adalah kerana ia mempunyai beberapa kelebihan fungsi yang mungkin tiada pada peranti jenis lain. Namun, keutamanya adalah bergantung pada harga yang mampu milik.

Mari kita lihat apa yang ada pada Sony A33 ni:

Badannya yang kompak serta ringan. Manakala pemegangnya yang cukup selesa dengan grip lembut dan tidak melekit walaupun dipegang dalam jangka masa yang lama.

Sony menawarkan pengatucaraan yang amat mesra pengguna. Amat mudah untuk digunakan dan difahami. Tidak perlu risau jika bermasalah dalam bahasa inggeris kerana ia mampu beroperasi dalam kebanyakan bahasa di Asia ini. Bahasa Melayu? sudah tentu ada. Dan. Terdapat penerangan fungsi mengenai satu persatu fungsi di dalamnya. Cukup bagus bukan?

Mempunyai fungsi video dengan resolusi difinasi tinggi penuh (1080i)  dan dalam inggeris yg dipendekkan menjadi ‘FULL HD’. Mampu menghasilkan dalam 2 jenis format iaitu mp4 dan AVCHD.

Butang-butang pada badan kamera yang senang dicapai jari untuk beroperasi dengan kadar segera. 14 mega piksel dan mempunyai 15 titik fokus yang dapat di alih-alih. Iso pada 12800 malah sehingga 25600.

Skreen lcd 3.0″ yang boleh putar hingga segenap arah malah ia mampu bertukar secara auto dari lcd skreen setelah anda rapatkan mata anda kepada bidang penilik. Ini dilengkapi sensor khas di bawah bidang peniliknya. Tidak perlu lg tekan butang untuk menukar pandangan dari lcd skreen ke bidang penilik atau sebaliknya.

Skreennya juga menghasilkan resolusi 1.4 juta piksel. Amat terang dan jelas tanpa sebarang bintik-bintik pada skreen.

Pada sisi kirinya tempat untuk sambungan kabel seperti HDMI Kabel, untuk anda terus tonton pada LCD TV dengan resolusi HD. Juga USB Kabel, MIC. Kabel dan Remote Release Shutter Kabel.

Auto Fokus dan Manual Fokus.

Mempunyai motor anti gegar pada badan kamera. Lebih dari cukup selamat untuk mengelak gambar yg kabur jika mempuyai ‘lens’ yang tiada motor anti gegar.

Butang ‘D-Range’ adalah untuk menetapkan fungsi ‘HDR’ secara auto pada kamera. Tidak perlu lagi ‘editing’ pada komputer untuk mendapatkan imej ‘HDR’ yang menarik.

Di datangkan bersama ‘Kit Lens’ 18-55mm dengan f/3.5-5.6. Cukup sesuai untuk semua jenis fotografi. Terdapat juga mode tambahan seperti ‘Swap Panorama’ (juga dalam 3D) yang cukup membuatkan sony melonjak di hati pengguna. Mungkin mode ini tiada pada kamera jenama lain selain dari sony buat masa ini. (mungkin juga ada tapi aku tidak tahu).

Amat sesuai untuk pengguna yang baru dan menjadikan fotografi sebagai hobi yang mungkin tidak akan bertukar kepada peranti lain seumur hidup oleh kerana buget, sehinggalah kamera ini tidak dapat berfungsi sepenuhnya. Jenis ini adalah kamera pada peringkat pertengahan. Untuk maklumat lebih lanjut anda cari-cari di google. masih banyak maklumat lain yang tidak diceritakan.

Seandainya terdapat sebarang kesilapan pada entri ini, anda dialu-alukan untuk memperbetulkan. Tinggalkan pendapat anda pada tempat disediakan.

Advertisements

One Response to DSLT Sony Alpha 33

  1. Pingback: Follower & Following | Petiirrzzz

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s