Nurhayani Zahirah : Kerap Demam Kebelakangan Ni

Anak demam. Siapa yang tak risau bila anak kecil kita kerap demam walau dah ke klinik. Untuk bulan ni sahaja, dah 3 kali badan Hayani panas-panas malah batuk dan selsemanya tu tak hilang-hilang sejak seminggu belum puasa lagi. Harapnya tak melarat sangat la demamnya, lama sangat dah kesihatan dia terganggu.

image

Bila baca kat laman Baby Center ni, katanya tak payah nak risau sangat bila badan anak kita panas selagi pada suhu yang terkawal, ini kerana ia mengawal dan melawan kuman yang tak baik dalam badan.

Bila difikirkan, mungkin ada patutnya bagi Hayani vitamin tambahan untuk kuatkan imunisasi badan dia. Tapi, vitamin apa yang nak bagi ni? Kena ke klinik juga tanya doktor. Niat aku nak cari yang pil macam gula-gula je, untuk senang makan. Dah belikan dia Scott’s Emulsion yang cecair tu, emm… harap la dia nak makan yang cecair macam tu. Jika nak diikutkan rasanya, tidak la teruk sama seperti ubat demam dari klinik. Tak tahu la kenapa tak suka.

Mengikut laman ini pula, kebiasaan kemungkinan besar anak kita kerap demam kerana bergaul dengan kanak-kanak lain di tempat asuhan/tadika/sekolah. Kemungkinannya tu agak tinggi juga. Yelahh… sejak Hayani dihantar ke pusat asuhan kanak-kanak juga yang ketara sangat demamnya. Lagi-lagi tengah musim panas dan berhabuk dalam perjalanan.

Jap lagi nak tengok suhu dah turun atau naik lagi.

Advertisements
Galeri | This entry was posted in Am. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s