Ramadhan 2013 : Hidangan Ditelan Zaman

Pada korang, hidangan apa yang dulu masa kecik-kecik dibulan puasa menjadi kegemaran. Tapi sekarang ni, bila dicari seluruh pelusuk Pasar Ramadhan sekali pun, tetap juga tak jumpa-jumpa. Teringin sangat nak merasa kembalikan.

Tapi, kali ni aku bukan nak ceritakan pasal makanan kegemaran dibulan puasa masa kecik-kecik dulu pun. Cumanya 1 hidangan yang bagi aku makin hilang dimasa kini, jika nak ada pun hanya tempat tertentu je. Cer.. korang kenal dulu apa kah kat bawah ni.

SONY DSC

Betul ke apa yang korang teka tu?

Kerabu Sarang. Ia hidangan ulam-ulaman ketika makan nasi, namun boleh juga dimakan begitu saja, dan yang pastinya ia berasal dari Negeri Cik Siti Wan Kembang. Kerabu Sarang ni, berpanjikan rumpai laut, sedikit tambahan dengan kelapa parut kering dan ia berkuah. Kini sangat jarang dah nak jumpa.

Kalau tak silap aku dulu-dulu, ianya dikatakan haram untuk dimakan. Kenapa? Entah, aku pun tak tahu dari segi mana haramnya. Ada juga yang mengatakan, jika tersilap makan, ia boleh memudaratkan seperti mabuk. Itu pun aku tak sahih, rasa-rasa macam pernah terdengar la. Jika sebetulnya haram, kenapa ada je orang jual walaupun dah jarang nak jumpa. Kan?

Punca menyebabkan ia amat jarang dijual kerana asasnya amat sukar nak diperolihi. Ye lahh… Rumpai laut. Apa pun, seminggu puasa ni, dah 2 kali juga beli. Korang patut juga merasa, suka atau tidak… itu belakang kira ok.

Advertisements
Galeri | This entry was posted in Am, Fotografi, Makanan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s