Aktiviti Sekitar : Karnival Makanan Ala Thai 2013

Setiap tahun acara ini diadakan di Kuala Terengganu, yang mana pertama kali kami setai pada bulan Mei 2011. Secara tak langsung, ini kali ketiga kami kunjungi sepanjang ia diadakan. Sangkaan aku mengikut entri lepas jauh meleset, yang mana pada tahun ini ia diadakan sedikit awal pada bulan Februari. Jika dikutkan tahun lepas, ia diadakan pada pertengahan tahun.

image

Jenis-jenis makanan yang disediakan lebih kurang sama berbanding tahun lepas, namun tetap mempunyai beberapa menu baru untuk dinikmati. Pada kali ini, tidak banyak yang kami jelajah dari satu gerai ke satu gerai. Cuma dapatkan beberapa menu-menu yang menarik bagi kami mengikut penilaian tahun lepas.

Dengan cuaca yang agak panas dan silau walaupun di petang hari ketika itu, berpusu-pusu mendapatkan menu disetiap gerai agak memenatkan. Bayangkan dengan keadaan begitu untuk 5 gerai, ia sudah memadai bagi menggambarkan situasi ketika membeli. Namun ia perkara normal bagi aktiviti begini.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Ok, dah penat membeli, masanya untuk kita berkelah menikmati juadah pula. Kami lepak je kat taman berhampiran aktiviti dilangsungkan di Dataran Shah Bandar tu, ramai yang berbuat begitu, senang dan mudah. Melayan karenah Hayani yang nak makan semua benda.

image

image

image

image

image

image

image

Bila dah kenyang, sambung “shopping” pula. Ia turut diadakan di kawasan berhampiran sempena memeriahkan lagi karnival ini dengan jualan pakaian dan aneka lain. Bagi menjana pendapatan penjual tempatan.

Bukan “shopping” sakan pun, cuma carikan Hayani kasut bagi memberi semangat menempuh pengalaman baru disaat berjalan beberapa minggu sahaja lagi diketika itu. Pilih punya pilih, gambar yang terakhir jadi pilihan. Comel ada mata, tapi sekarang dah buta kasut tu kerna dikorek Hayani.

image

image

image

Mungkin tahun depan entah ada atau tidak Karnival ni lagi. Harap masa tu sesuai dengan masa dan keadaan semasa kami. Paling aku suka telur gorengnya tu. Nak buat sendiri, tapi sampai sekarang tak terbuat lagi.

Advertisements
Galeri | This entry was posted in Aneka, Fotografi, Makanan, Portret. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s