Am : Jalur Lebar Mampu Milik 1Malaysia

Di tahun 2013 ini, bila mana berbicara perihal telefon pintar dan internet, pastinya ramai yang memperkatakan berkenaan rebat RM200 dari kerajaan bagi memiliki telefon pintar berserta pelan pakej mampu milik dari mana-mana penyedia rangkaian. Dengan nama Pakej Komunikasi Belia ini, ramai yang berebut-rebut membuat permohonan, yang mana mula dibuka bermula 01 Januari 2013 lepas.

Hasrat murni kerajaan ini sepatutnya tidak dipandang rendah oleh sesetengah pihak, terutama penyedia rangkaian. Ini kerana, setelah peranti berada pada harga mampu milik, namun langganan bulanan yang terkadung dalam syarat-syarat yang dinyatakan wajib dipenuhi pada kadar agak mahal, hasrat kerajaan untuk memperluaskan jalur lebar pastinya terbantut dan tidak tercapai.

Pada pandangan aku buat masa ini, penyedia rangkaian yang menawarkan pada pakej mampu milik adalah dari Tune Talk dan U-Mobile.

20130101_032552 copy

Sebagai altenatif untuk mengelak komitmen wajib bulanan dan tidak perlu mendapatkan Pakej Komunikasi Belia ini. Celcom dan SKMM telah pun melancarkan Simkad prabayar 1Malaysia Pakej Mampu Milik sejak 16 September 2012 lagi, namun aku hanya ketahuinya beberapa hari ini sahaja.

Tidak perlu bayar setiap bulan samada guna atau tidak, hanya perlu tambah nilai pada ketika diperlukan dan mula menjalankan proses langganan. Khidmat panggilan dan juga mesej turut berfungsi sama seperti sim-sim lain, bukan hanya untuk broadband sahaja. amat sesuai untuk telefon pintar atau pun tablet bagi urusan biasa-biasa.

Kelebihan pakej ini:

Mobile Internet pada kadar RM1 untuk sejam dan RM25 untuk sebulan langganan. Malah 1000 minit panggilan dan 1000 mesej untuk 5 kawan paling rapat pada rangkaian yang sama setelah tambah kawan terapat pada RM1 dalam 1 hari.

Panggilan normal, sama rangkaian iaitu Celcom pada kadar 28sen per 10minit, dan rangkaian lain adalah 28sen per 5minit. Manakala mesej pula, rangkaian sama adalah 1sen untuk 1 mesej dan rangkaian berlainan adalah 5sen untuk 1 mesej.

Pengalaman mengaktifkan:

Cukup mencabar. Pendataran sim, semua dilakukan oleh pihak penjual dan semua perkara telah selesai, kecuali untuk mengaktifkan rangkaian 3G dan langganan internet mobile. Proses aktifkan rangkaian 3G tidak sesukar mana, hanya perlu sms ON 3G dan hantar ke 28882 atau pun buat panggilan ke center 1111. Namun untuk melanggan internet selama sebulan cukup menyesakkan.

Sepatutnya ia menjadi perkara yang mudah, hanya perlu sms 1MONTH dan hantar ke 28882, kemudian ia akan menghantar sms semula supaya anda mengesahkannya dengan balas INTERNET YES dan hantar, selepas itu anda akan menerima sms mengatakan langganan anda telah diaktifkan. Anda berjaya.

Sebaliknya yang terjadi, langkah terakhir tersebut tidak berjalan lancar dan membuatkan aku tertunggu-tunggu malah dalam 2 hari aku mencubanya, hanya sekali yang berjaya, itu pun hanya membuat langganan selama sejam sahaja berjaya. Beberapa kali membuat panggilan ke Center Careline bagi mengatasi maasalah ini dan minta tunjuk ajar, namun bantuan yang diberikan sedikit pun tidak membantu. Sehinggalah Pn. Noha sekali lagi membuat panggilan ke Center Careline.

Saranan yang diberikan adalah, masukkan sim ke telefon lain dan jalankan proses langganan. Kemudian selepas berjaya, beralih semula sim kepada telefon sepatutnya, dan saranan itu berjaya. Aku tidak pasti dari mana masalahnya, telefon ataupun penyedia khidmat. Katanya dari staff Careline tersebut, perkara ini sememangnya terjadi dan meraka selalu menerima panggilan sebegini.

Nampaknya, beberapa masalah ini yang perlu diselesaikan oleh pihak Celcom walaupun ia adalah sim mampu milik.

Advertisements
Galeri | This entry was posted in Am, Mobile. Bookmark the permalink.

5 Responses to Am : Jalur Lebar Mampu Milik 1Malaysia

  1. lin berkata:

    tune talk ni celcom ke..n kalau org yang ada tunggakan hutang broadband celcom x boleh la ye.

    • Petiirrzzz berkata:

      Saudara/saudari Lin. Mengenai Tune talk adalah Celcom dan anda bermasalah hutang dengan Celcom, itu saya kurang pasti. Cuma setahu saya, Tune talk menggunakan prasarana Celcom bagi mendapatkan liputan rangkaiannya dan sebetulnya Celcom mempunyai saham terhadap Tune talk.

      Cadangan saya, teruskan sahaja niat anda untuk mendapatkan rangkaian Tune talk jika berminat, rasanya tiada sebarang masalah bersangkutan hutang anda terhadap Celcom.

  2. zakuanhasan berkata:

    Info yg berkesan. Benar Tunetalk guna prasarana CELCOM….

  3. Hi, i think that i saw you visited my weblog thus
    i came to “return the favor”.I am attempting to find things to enhance my web site!I
    suppose its ok to use some of your ideas!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s