Aktiviti Sekitar : PC Fair Kuala Terengganu Penutup 2012

28 Disember 2012, beberapa hari ditahun lepas. Sempat juga berkunjung ke “PC FAIR” yang diadakan di TTC Kuala Terengganu. Selepas sahaja Majlis Akikah anak sepupu dan menyambut ulang tahun hari lahirnya, terus meluru ke sini, dengan niat hanya tinjau-tinjau apa yang terbaru dan menarik minat untuk dikongsi bersama.

Setelah berpusing-pusing dan berlegar-legar dalam dewan jualan tersebut bersama Puan Noha, terdapat juga beberapa peranti yang menarik minat. Terutama pada peranti Samsung dwi fungsi sebagai tablet dan laptop. Samsung Ativ Smart Smart PC yang berlandaskan Windows 8, cukup menarik pada harga Rm 2499 di “both” Samsung dan ada juga Rm2599 di “both” berlainan. Namun belum mampu menghakis minat aku terhadap Samsung Note 10.1. Hehh….

Selain itu, mari lihat apa yang sempat aku rakam dan menarik untuk dikongsikan bersama, mungkin sesuai utuk anda yang sedang berkira-kira dan mencari-cari bahan untuk dikaji sebelum memilikinya.

2012-12-28-1182 copy

2012-12-28-1181 copy

Ok, peranti apakah dalam foto di atas ni? Untuk makluman, ini adalah Usb Modem Broadband dari Celcom yang mana telah diperbaharui cara penggunaannya dengan lebih mudah. Dinamakan sebagai “PortaWifi“, mungkin singkatan dari perkataan panjangnya iaitu “Portable Wifi”.

Apa kelebihannya? Masih sama fungsi seperti Usb Modem Broadband sebelum ini, menggunakan simkad bagi mendapatkan khidmat data melayari internet. Namun ia lebih mudah dengan fungsi wifi, selagi dalam capaiannya dan hanya terhad untuk 5 peranti pada satu-satu masa.

Dengan 3 kaedah ia mampu beroperasi:

Pertama, dengan plagkan sahaja pada soket dirumah anda dan terus guna. Plag bagi menyambungkan Usb Modem Broadband kepada soket elektrik dirumah turut disediakan sama.

Kedua, berupaya digunakan ketika anda berada dalam kereta, disaat berhenti atau semasa bergerak, selagi ia mencapai talian dan arus elektrik bagi menghidupkannya. Ini kerana ia, turut menyediakan alatan penyambungan pada hos pengecas yang ada pada kenderaan anda.

Ketiga, terus pasang pada laptop atau pun komputer meja anda. Biarpun ia telah terpasang pada komputer peribadi, fungsi wifinya masih boleh digunakan untuk peranti lain. Cukup mudahalih

Namun, secara peribadi. Penggunaannya mungkin terhad pada jangka masa yang terlalu lama dan tidak bagus jika dibiarkan terus “on” walaupun tidak digunakan, mungkin menyebabkan modem telalu panas dan merosakkan. Ini hanya pandangan peribadi sahaja.

2012-12-28-1187 copy

2012-12-28-1189 copy

Foto diatas ini pula, masih peranti yang sama seperti milik Celcom. Cuma ia adalah keluaran dari Maxis. Dari segi fungsi dan penggunaannya masih sama, tiada sebarang perbezaan. Hanya berbeza pada pakej yang ditawarkan.

2012-12-28-1191 copy

2012-12-28-1192 copy

Satu lagi produk dari Maxis, modem kegunaan dirumah. Konsep yang diguna pakai adalah sama seperti modem dari provider internet P1wimax, cuma ia menggunakan simkad untuk mengaktifkanya. Namun aku tidak pasti kebenaranya, hanya beberapa maklumat dari penjaga “both” terbabit.

Namun, dari pengamatan aku secara kasar semasa berada di “both” terbabit, peranti ini lebih kemudahan berbanding dengan modem p1wimax yang digunapakai aku sekarang ini.

Pertamanya, “slot” untuk menyambungkan komputer yang tidak menampung wifi dan perlu mengunakan wayar. Ia menyediakan sebanyak 4 “slot” serentak, berbanding dari p1wimax hanya 1.

Kedua pula, tersedia “port” untuk menyambung antena bagi meluaskan lagi rangkaian wifi anda, bilamana rumah anda adalah 2 tingkat dan besar.

Bergantung pada peralatan, ia kelihatan amat bagus dan begitu juga dari segi liputan rangkaian yang amat meluas. Amat mudah untuk pindah dan bawa balik ke kampung. Namun, dari segi komitmen bulanan ia agak mahal berbanding yang aku guna sekarang ini. Malah, pengguna wajib untuk melanggan kemudahan telefon bersama, yang mana, pada aku ia tidak digunakan.

2012-12-28-1183 copy

2012-12-28-1184 copy

2012-12-28-1186 copyIni pula adalah printer dari Canon yang menggukan wifi bagi penyambungan, mungkin juga terdapat “port” untuk penyambungan secara konvesional iaitu berwayar. Apa yang lebih menarik, jika anda pengguna peranti mudahalih seperti telefon pintar dan tablet berlandaskan sistem operasi Ios dan Android. Ia mampu untuk terus print subjek terus melalui wifi setelah muat turun aplikasi dari Canon, namun aku lupa nama aplikasinya.

Seperti printer 3 dalam 1 yang lain, ia juga membolehkan anda print, salin dan mengimbas dokumen dengan segera, serta paling istimewa pada printer ini, ia membolehkan anda print cover cakera padat seperti CD atau DVD terus pada permukaannya.

Buat masa ini, Canon mengiklankan pada para pengguna untuk menukar printer lama mereka kepada yang baru dan akan dibayar dengan harga RM150. Ia cukup menarik dari segi kemudahan yang tersedia.

Advertisements
Galeri | This entry was posted in Am. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s