Am : Rindu 2013

Beberapa hari sahaja lagi tahun 2012 bakal berakhir dan menjelangnya tahun baharu 2013. Kesempatan ini mengucapkan “Selamat Tahun Baharu” buat pengunjung laman ini secara langsungnya, dan semoga segala azam terdahulu tercapai sepenuhnya. Namun, masa terasa cepat sahaja berlalu di zaman kini yang mana dipenuhi dengan tugas-tugas harian.

screen72 copy

Sebaliknya saat ini, terasa lambat nak masuk tahun baru dan tidak sabar-sabar lagi menunggu tarikhnya, terutama 23 Januari ini. Tarikh itu, bukan sahaja ulang tahun hari lahir yang pertama puteri sulong kami, “Cahaya yang hidup berseri-seri”. Malah, dah tidak sabar lagi mahu berjumpa dengannya, setelah lebih sebulan berpisah dengan segala keletah dan ragam milik tersayang ini. Cepat la masa berlalu, tak kisah pun.

****

Singkap kembali sepanjang 2012 ini, beberapa kehidupan, pengalaman baharu yang memberi seribu perngertian dalam hidup ini. Pasti ia menganjak kehidupan ini ke setapak lebih tinggi dan tidak lari dari musibah yang menimpa bagi menyedarkan siapa diri ini dibawah lindungan dan perintah-NYA. Membuka lebaran dengan tangan terbuka.

* Pastinya menyambut puteri sulung kami, “Cahaya yang hidup berseri-seri” buat kami. Kegembiraan tiada taranya, malah menyusuri langkah demi langkah dengan pelbagai karenah dan latah yang menghiburkan hati. Tahun 2013, bakal genap umurnya setahun. (Cukur Rambut), (Santai di Taman Permainan Kuala Ibai), dan (Fotografi diMajlis Perkhawinan Cik Wana).

* Dugaan yang menimpa setelah beberapa hari berpuasa. Langsung tidak menyangka yang mana aku akan diserang penyakit Radang Apendix. Beberapa hari berada dihospital setelah menjalani pembedahan. Pertama kali menjalani proses pembedahan, sungguh menakutkan dan menyiksakan.

* Pertama kali menyambut raya bersama si chomang kami. Penat melayan karenahnya, sebab tak mahu diambil orang. Bila sahaja beralih tangan pada yang tidak dikenali, mula la meraung 1 kawasan.

* Dalam bidang fotografi, tiada apa yang memberangsangkan. Dapat merakam hanya 1 majlis perkhawinan, namun berusaha memberinya khidmat dengan menyiapkan album perkhawinannya, “photo Book” dengan beberapa proses “editing”. Selain itu, belajar menyiapkan proses “editing” untuk “Custom Album“.

“Berusaha Untuk Kehidupan Lebih Baik”

Advertisements
Galeri | This entry was posted in Am. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s