Aplikasi : Nokia Radio Internet Symbian Belle Refresh

“Untuk apa menggunakan aplikasi radio atas talian? sedangkan pada peranti itu sendiri telah tersedia aplikasi radio siap terpasang. Merugikan kuota internet adalah”. Itu pandangan aku suatu ketika dulu, bila mana ramai yang merasa bangga dengan peranti mereka yang mampu memuat turun aplikasi tersebut bagi mendengar radio kegemaran secara atas talian walau dimana berada selagi diliputi rangkaian internet, samada melalui wifi ataupun data mudahalih.

Sedia maklum, bagi menggunakan aplikasi radio sediada pada peranti, ia memerlukan alat dengar berwayar yang perlu disambung terus pada peranti yang berfungsi sebagai antena dan ia tidak berfungsi jika menggunakan alat dengar tanpa wayar.

Setelah bertukar alat dengar dari berwayar kepada bebas wayar, dari situlah aku mula memahami kenapa aplikasi radio atas talian mampu menarik minat ramai pengguna telefon pintar diluar sana termasuk aku kini, dan turut mula tercari-cari aplikasi pada Nokia Store.

Setelah mencuba beberapa aplikasi pihak ketiga yang langsung tidak berguna, sedikit rasa kecewa menlanda seketika.

Tanpa mengetahui, rupanya Nokia sendiri telah pun sekian lama mengeluarkan aplikasi radio atas talian mereka sendiri. Malah lebih lengkap untuk semua pengguna walaupun berlainan negara. Secara tak langsung, pengguna dapat dengar pelbagai radio dari segenap negara yang ada walaupun anda hanya menetap di Malaysia.

Dengan itu, anda tidak terhad pada  1 aplikasi radio bagi 1 siaran kegemaran, anda hanya perlu 1 aplikasi untuk semua siaran radio kegemaran dan ia mampu diubah siaran dengan mudah dan cepat.

Beberapa siaran radio kegemaran yang telah ditetapkan pada senarai kegemaran untuk cepat dan senang beralih siaran —>

Bagaimana untuk mendapatkan siaran radio tempatan? Cukup senang. Pada “koleksi“, anda hanya perlu pilih “stesen mengikut daerah” dan kemudian pilih negara kita, tentunya Malaysia. Hanya perlu tunggu beberapa ketika sebelum ia mempamirkan kesemua siaran radio yang dapat dicapai.

Aplikasi ini boleh dimuatturun oleh anda pengguna Symbian secara percuma pada web Nokia Store yang hanya bersaiz 0.60MB sahaja.

Advertisements
Galeri | This entry was posted in Mobile. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s