Aplikasi : Kemaskini Rangkaian Sosial Belle Refresh Tidak Berjaya

Beberapa Hari lepas, Nokia E7 yang menguna sistem operasi Belle Refresh telah menerima pemberitahuan penaik tarafan aplikasi Rangkaian Sosial sediada pada peranti kepada versi terbaru 1.6(32). Kemaskini yang dilepaskan melalui OTA yang hanya bersaiz 3638 kb tidak berjaya dimuat turun. Tidak pasti apa masalah yang dihadapi, samada aplikasi itu sendiri atau pun peranti yang bermasalah.

Beberapa tangkapan skrin disertakan.

Screen62 Screen63Maklumat aplikasi

Screen64

Pemberitahuan berkenaan masalah muatturun

Walaupu begitu, tidaklah kaget walaupun aplikasi ini tidak berjaya dikemaskini, kerana ianya bukan aplikasi yang utama digunakan. Ia hanya menampung untuk 3 rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter dan RenRen, malah kelancaranya agak mengecewakan. Melainkan kemaskini terbaru ini mengatasi masalah ini.

This entry was posted in Mobile. Bookmark the permalink.

Tinggalkan komen