Nurhayani Zahirah : Easy Effects NokiarianE7 *04

Belum pun seminggu tanpa Hayani bersama, kerinduan makin mengulit perasaan dengan keletahnya yang menghiburkan dan tidak kurang juga dengan mengadanya yang makin menjadi-jadi sekian ini. Nampaknya, sebulan juga aku terlepas gelagat-gelagat semasanya yang senantiasa menjadi rutin untuk dirakam.

 Masa mula-mula guna ‘walker’ barunya, Hayani nampak takut-takut. Mungkin sebab belum biasa lagi. Tapi masa kat rumah Nek Chiknya, tumpang main ‘walker’ milik 2 pupunya, nampak lancar je. Seronok bukan main.

JumOkt121920352012

JumOkt122127342012Makan petang di Warung Makanan Laut kat Kuala Ibai. Menu utama untuk Hayani tentunya sepotong hirisan timun, hehee…

JumOkt122131332012Entah kali ke berapa Hayani makan kat Mc Donald kali ni, Waktu ni keluar jalan-jalan sekitar Kuala Terengganu pada waktu malam. Kat atas ni, Hayani tengah sibuk kunyah jejari kentang.

JumOkt122142162012Tengah tengok tv, citer apa tak tau la. Rasanya Ejen Osso kat siaran Disney Junior, lagi pun bagus katun tu untuk bayi yang tengah nak meningkat dan dalam proses belajar.

IsnOkt151901512012Hmm… Pantang betul bila tengok papa buka MacBook, dia pun turut la nak ‘blog walking’ sama. tengok aje lah gayanya tu. Masih ada beberapa ‘scene’ yang tidak diterbitkan, gaya duduknya macam tau-tau je nak guna peranti ni.

IsnOkt151942262012Bila dirumah, Hayani dah tiada kawan nak bermain. Harapkan Oren? bukannya boleh dok lama-lama bermain. Bila Hayani sentuh sikit je, terus je angkat ekor nak lari. Bermain la Hayani dengan mana-mana mainan yang dia ada. Kesian juga, kena la selalu teman dia bermain dari bermain sorang-sorang.

SelOkt161930402012Ini gaya Hayani bila cakap “sayang Oren”, terus je buka mulut nak cium. Nampaknya masa ni, dia dah faham apa yang kita cakapkan.

JumOkt191451132012

JumOkt191433562012

Bila dah bosan main mainan yang dia ada, ‘mouse’ papa pun dia amik buat main. tiada keje lainnya, nak masukkan dalam mulut. Penat nak larang, kejap dia ikut la…pastu buat balik. Habis lencun ‘mouse’ tu, bab jatuh tak payah nak citer lagi dah.

JumOkt192100232012 JumOkt192055532012 JumOkt192052232012 JumOkt192049222012 JumOkt192046132012Foto-foto yang dirakam masa keluar ke Karnival Jawi di TTC Kuala Terengganu. Dah agak lama tak keluar berjalan masa ni, itu yang bila kata nak keluar berjalan je…senyum lebar betul. Tambah-tambah lagi bila kena puji ‘chomang’.

Advertisements
Galeri | This entry was posted in Fotografi, Portret. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s