Santai : Angin Petang di Pantai Minyak Beku

Sejarah menceritakan tercipta nama bagi Daerah Batu Pahat bermulanya di tepi Pantai Minyak Beku yang mana berhampiran muara Sungai Batu pahat. Bermulanya dengan sebuah perigi yang dipahat pada batu yang mengalir airnya oleh askar-askar siam yang melarikan diri semasa dikejar Bendahara Tun Perak serta pengikutnya hingga ke Muar, setelah tewas menyerang melaka pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah pada tahun 1446 hingga 1459, iaitu Sultan Melaka III.

10920915_fdhr copy

Cantik juga tempat ni, sesuai sebagai tempat santai diwaktu petang sesambil menikmati hidangan yang terjual disekitar. Sejak kahwin dengan orang Batu Pahat, ni kali pertama aku jejak kaki ke sini pada 15 September 2012.

Terdapat beberapa deretan kedai makan yang tersedia berniaga, namun kami singgah di kedai atas bukit bagi menikmati pandangan yang meluas. Hidangan yang tersedia biasa-biasa saja dan anda boleh mencuba kedai-kedai lain berhadapan pantai tempat letak kereta.

DSC09288_fhdr copy

DSC09284_fhdr copy

DSC09290_fhdr2 copy

Beberapa keping foto pemandangan yang sempat dirakam sepanjang bersantai. Jika kena dengan waktu dan cuacanya, antara tempat yang menarik untuk merakam ‘mentari merah diufuk barat’.

Bila petang menjelang, beberapa kaki pancing mula melontarkan jorannya dan bot-bot nelayan mula kelihatan kembali ke daratan. Pastinya tempat ini lebih meriah diwaktu malam terutama muda mudi, hehh…

DSC09278_fhdr copy1

DSC09319_fhdr copy

DSC09363_fhdr copy

DSC09371_fhdr copy

DSC09366_fhdr copy

DSC09374_fhdr copy

DSC09343_fhdr copy

Beberapa foto agenda utama berfotogedik budak “chomang” bersama mak cik-mak ciknya sementara menunggu matahari merah bagi sesi merakamkan pemandangan untuk kepuasan diri.

Setahu aku, ramai juga para pengantin menjadikan lokasi ini sebagai sesi fotografi “outdoor” mereka. Sesiapa yang berdekatan, boleh la ke sini.

DSC09292_fhdr copy

DSC09306_fhdr copy

DSC09318_fhdr copy

DSC09317_fhdr copy

DSC09322_fhdr copy

DSC09323_fhdr copy

DSC09315_fhdr2 copy

Advertisements
Galeri | This entry was posted in Aneka, Fotografi, Landskap, Makanan, Portret. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s