Santai : Berehat Sebentar Di Santuari Gajah Sungai Ketiar, Terengganu

Mereka yang pernah dan selalu menggunakan laluan Tasik Kenyir yang masih dalam pembinaan ini tentu selalu singgah untuk merehatkan badan seketika di sini sebelum meneruskan perjalanan ke tempat yang dituju. Laluan ini antara altenatif menghubungkan sekitar Terengganu ke Jajahan Selatan Kelantan yang mana mengambil masa antara 2 hingga 3 jam dari simpang Tasik Kenyir hingga ke Simpang Aring, Gua Musang. Setelah laluan ini siap sepenuhnya, pejalanan yang ditempuh mungkin kurang dari 2 jam.

Sejak ia dibenarkan untuk kegunaan awam walaupun tidak siap sepenuhnya, hanya ini laluan yang paling dekat untuk aku pulang ke kampung. Namun seandainya terjadi sebarang kecelakaan, ia adalah tanggungjawab pengguna, kerana belum dirasmikan.

Memandangkan perjalanan aku dari KT ke Chiku atau sebaliknya tidak la jauh sangat, ada masanya aku memang tak singgah langsung mana-mana di sepanjang perjalanan. Kecuali di stesen minyak Kuala Berang bagi memenuhkan tangki minyak kereta. Namun sesekali ada masa yang terluang dan tidak mengejar masa, singgah juga di santuari ni bagi mengeratkan silatulrahim dengan hidupan liar. Hehee….

Walau ia tempat dalam hutan, Santuari ini turut menyediakan kemudahan tandas dan tempat mandi untuk para tetamu, serta surau untuk solat. Walaupun tidak mewah, ia cukup memadai seandainya dalam keadaan kecemasan. Turut tersedia mini taman permainan untuk anak-anak kecil.

Sebelum kita tengok gajah kat sini, sila baca dulu amaran-amaran yang dipaparkan untuk pengunjung yang bertamu. Mana tahu, tetiba je gajah tu mengamuk sakan. Memang kecut perut jawabnya. Lelagi yang bawak anak-anak kecil, haruslah berwaspada.

Setelah tu. Mari kita tengok gajah mandi, gajah bergurau senda sesama sendiri dan gajah makan. Kalau korang nak tunggang pun boleh juga, tapi dengan pengawasan pihak penjaga.  Setakat ni, belum ada lagi yang nak tunggang haiwan terbesar di darat ni.

Ini pula telatah anak kecil aku. Bukan anak gajah ehh… Tergamam juga dia tengok haiwan sebesar tu. Lagi pun. Setakat ni, hayani hanya pernah tengok ayam itik je, dan yang pernah dia sentuh-sentuh hanyalah si Oren tu. Bila dah Hayani besar sikit, boleh la bawak dia melawat zoo pula.

Gambar atas antara aktiviti gajah. Gambar kat bawah ni pula, aktiviti hayani yang tak kira tempat dan waktu. Semua benda nak dirasa, terjelir-jelir lidahnya tu.

Di Kuala Terengganu, mana ada zoo.. Kemaman aje la yang ada Mini Zoo, itu pun jauh jugak tu. Huhuuu….

Advertisements
Galeri | This entry was posted in Fotografi, Haiwan/Serangga, Portret. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s