Raya 2012 : Syawal Pertama Nurhayani Zahirah

Entri ini kesinambungan foto-foto Raya 2012 yang telah aku terbitkan sebelum ini yang mana baru berkesempatan menyiapkan sepenuhnya biarpun bulan Syawal telah pun berakhir dan juga Raya Haji pun dah berminggu-minggu lepas, tapi foto Raya Puasa tak ter”post” juga lagi. Foto-foto yang disediakan berformat galeria, retetan foto-foto yang agak banyak untuk dipaparkan satu persatu malah dapat mengurangkan masa dan kuota ketika muat turun laman.Huhuu…

Selain itu, aku dalam situasi kebuntuan/ketandusan idea untuk projek pertama bertemakan Nurhayani Zahirah yang mana memakan masa dan perahan otak. Samentelah lagi ini pengalaman baru. Sementara itu, berhenti seketika dan beralih pada tumpuan lain seperti menyiapkan sepenuhnya entri Raya 2012 ini.

Para pelawat dinasihatkan untuk klik pada mana-mana foto bagi paparan yang lebih besar dan disediakan dalam bentuk yang lebih menarik.

Sedikit tambahan foto disaat singgah ke Ayer Hitam dan beberapa tempat dalam perjalanan balik semula ke Kuala Terengganu. Dengan karenah Hayani yang kadang-kadang buat kami tercuit hati serta hilang bosan untuk menempuh perjalanan jauh malah memenatkan dan sesekali buat kami makin penat nak layan. Mujur bila bab berjalan, karenah nak melalak tidaklah keterlaluan.

 

Alang-alang singgah Ayer Hitam ni, kira cuci-cuci mata la kejap yang termampu. Nak memborong, al-maklum la dalam mood raya lagi. Jangan tak sampai akhir bulan semua dah kering  sudah. Pastu boleh pula berjanji temu dengan  Chik Ujie sekeluarga, yelahh… masa raya tak sempat jumpa sebab masing-masing ada agenda sendiri. Yang itu ke situ, yang ini ke sini. Apa pun, terima kasih belanja kita orang KFC kuah kari tu, sedap jugak kari hijau KFC kali ni.

Sampai Segamat, singgah pula rumah Fak Memeng kejap. Sesudah mandikan Hayani apa yang patut, dah petang jugak la baru gerak terus ke Kuala Terengganu dan tak singgah mana-mana kecuali Mc Donald kat Kerteh untuk singgah makan.

Itu la ragam Hayani, tak nak tukar pampers. Tapi, bila lensa papa hala ke arahnya…terus je terbutang. Masa ni dalam jam 9.00 lebih nak masuk jam 10.00 malam dah pun. Sampai Kuala Terenggau sekitar jam 1.00 pagi jugak la.

Nota: Akhirnya, siap juga entri aku pasal agenda raya tahun nih. huhh…. Entri yang paling lama terperap.

Advertisements
Galeri | This entry was posted in Aneka, Fotografi, Makanan, Portret. Bookmark the permalink.

One Response to Raya 2012 : Syawal Pertama Nurhayani Zahirah

  1. Pingback: Am : Rindu 2013 | Petiirrzzz

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s