Galaxy Note 10.1 : Keinginan Yang Memuncak

Agak lama juga aku tak mencoret coret kat laman ni ekk… Tak tahu apa yang nak dicorak coretkan, namun ada lagi lakaran dalam simpanan yang masih belum siap-siap juga sampai ke hari ni. Terutamanya foto-foto masa Raya Aidilfitri yang lepas. lama betulkan? huhuu…. Malas pula rasanya akhir-akhir ni.

Namun kali ni, aku nak luahkan keinginan yang makin hari makin memuncak pula rasanya. haihhh…

Dah kronik je gayanya ni, sebab macam terngiyang-ngiyang je Samsung Galaxy Note 10.1 memanggil-manggil. Cuma tak terdaya je lagi. huhuu… Buat masa ni, sememangnya Note 10.1 yang menjadi pujaan kat hati ni, walaupun dah ada bermacam-macam “tablet” kat luar sana nun. Tapi, yang ini juga jadi igauannya. Sebab apa? sebab produktivitinya yang belum tentu ada pada produk lain kat luar sana sehingga kini kecuali peranti yang menggunakan windows 8 dari mana-mana pengeluar. Namun masih kekurangan beberapa perkara berbanding Note 10.1, Contohnya Stylus Pen, mampu membuat dan menerima panggilan serta mesej, menggunakan beberapa tetingkap pada satu-satu masa (sama seperti menggunakan komputer meja) dan beberapa item lagi. Maklumat lebih lanjut, sila google dan ini terbaru setakat ini.

Bercakap pasal windows 8 ni, sememangnya sistem operasi yang penuh kehebatan dan produktiviti yang tiada penghujung. Cumanya, aku belum nampak peranti yang cukup memukau dipandangan mata, malah harganya terlalu mengujakan. Pada mulanya, teruja juga dengan tablet dari Microsoft iaitu Surface. Namun masih ada kekurangan berbanding Note 10.1. Jadi, buat masa ini untuk meneruskan keterujaannya tu dah pun dihentikan.

Sebelum aku teruja dengan Note 10.1, tablet pertama yang cukup membuka mata aku ini adalah tablet Sony S yang mana bentuk luarannya yang berbeza dari yang lain pada ketika itu. Malah keistimewaan, mampu dijadikan sebagai alat kawalan jauh untuk pelbagai peranti media dirumah dari pelbagai jenama. Namun dari segi kegunaan lain masih sama. Setelah Samsung memperkenalkan tablet yang mampu berintergrasi dengan sebuah pen yang turut di sediakan dan juga turut berupaya untuk dijadikan alat kawalan jauh pada mana-mana peranti media, keterujaan terhadap Sony S terus lenyap.

Agaknya bila Note 10.1 ni dapat digenggam ditangan ye? Jangan nanti sehingga tergugat dengan peranti yang baru pula yang mana situasi seperti Sony S. hehee…. Kalau nak diikut, bukan kepentingan sangat pun, kehendak je lebih ni. hihii… Lagi pun, baru je angkat Note II untuk Puan Noha awal bulan ni. Dek kerana tu juga la yang buat aku makin mengidam. hehh…

Note: Ni, entri pertama yang banyak menggunakan foto dari carian di laman google image.

Advertisements
Galeri | This entry was posted in Am, Mobile. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s