Makanan : Lepat Lui, Tradisi Orang Bugis

Korang kenal tak makanan ni? Makanan ni tak ada kena mengena dengan lagu Sungai Lui yang dinyanyikan Aizat Hamdan, walaupun ada persamaan perkataan “Lui” disitu. Hehee…

Lepat Lui ni pada pandangan aku, bagaikan makanan rasmi masa raya untuk orang Bugis. Bila mana korang pergi raya rumah mana-mana sekalipun dan tuan rumah tu orang Bugis, tak sah kalau tak ada makanan ni. Maka dah tentu-tentunya ada la kan? Malah Lepat Lui ni, ada sikembarnya yang berlainan mak dan berlainan bapak, hahaa. Dinamakannya Burasak. Cara makan dan cara membuatnya hampir sama, cuma Lepat Lui diadun menggunakan beras pulut. Manakala Burasak tunjang utama adalah beras nasi. Cuma itu perbazaannya.

Aku tak nak bercerita pasal Burasak, sebab aku tak suka sangat. Setakat sekeping boleh la makan, tapi Lepat Lui ni, boleh dilahap dari 2-3 keping sekali makan. Lepas tu mula la cari tiang menyandar, tak pun cepat-cepat nak balik rumah sebab nak menyimpan. Huhuu…

Lepat Lui ni, asasnya adalah beras pulut pastu dimasak kemudian dibungkus menggunakan daun pisang yang muda. Bagaimana mendapatkan bentuk seperti pembaris skala yang selalu digunakan penggiat pelan dan seangkatan dengannya? Sememangnya terdapat acuan yang aku sendiri tak tahu untuk mendapatkannya. Rasanya tak ada jual di mana-mana kedai mahupun Mydin Mall yang terbesar. Selepas siap dibungkus, ia sekali lagi akan dimasak. Sekali lagi aku tak pasti rebus dalam air atau “steam” atas air.

Cara makannya senang je, tak payah sangat. Pastikan buka dulu daun pisang sebab daun pisang tu walau dah dimasak pun, tentu-tentu tak ada orang nak makan dan tak pernah aku tengok orang makan. Pastu korang pilih la mana-mana lauk yang disediakan bersama sebab ia sama seperti makan nasi juga.

Bab lauk pauk ni pula, memang beraneka lauk boleh disediakan mengikut cita rasa pembuat lauk pauk dan sesapa yang nak makan. Biasanya ayam masak kicap, daging masak kicap, serunding daging atau ayam (dalam foto menggunakan serunding daging dan ayam dari terengganu), udang goreng, sambal udang atau sotong malah paling koman pun kuah kacang. Macam-macam lagi lauk yang boleh dijamu bersama dan yang jarang ada di mana-mana tempat adalah ikan Terubuk seakan sardin yang mana boleh dimakan dengan tulangnya juga. Kira ni la yang terbaik. Sememangnya mak mertua aku buat sendiri. Sekali buat, seminggu raya pun masih boleh makan lagi.

Terbaikk…

Advertisements
Galeri | This entry was posted in Fotografi, Makanan. Bookmark the permalink.

3 Responses to Makanan : Lepat Lui, Tradisi Orang Bugis

  1. Marysha Adhyra berkata:

    ada lagi tak tentang adat resam dan budaya orang bugis yang anda tahu,,, kalau ada,, sudi tak untuk kongsikan kepada saya.. untuk membantu saya dalam membuat kajian dalam adat resam dan budaya orang bugis.. kalau ada sila hantarkan maklumat di inbox saya di facebook di Marysha Adhyra . terima kasih atas bantuan.. maklumat amat diperlukan.. 🙂

    • Petiirrzzz berkata:

      Pertamakali, saya mengucapkan terima kasih kepada Cik Marysha Adhyra sudi melawat laman ini. Namun, saya tidak dapat membantu sepenuhnya atas permintaan tersebut oleh kerana saya sendiri tidaklah sahih mengenainya.

      Namun sedikit info tambahan, seperti masyarakat Melayu lain, Melayu bugis cukup kuat dengan pegangan muafakat setempat. Sebagai contoh, setiap kali diadakan sebarang majlis, pastinya mereka ringan tulang membantu sesama sendiri yang mana bagi saya agak berkurangan kini oleh masyarakat kita ditempat lain.

      Walaubagaimana pun, cadangan saya. Eloklah anda secara bersemuka bertemu dan bertanyakan mereka yang lebih arif dan lebih berpengalaman yang seusia pengalaman mereka.

  2. sitisapna berkata:

    Saya nak resepi yg jelas….
    Dan dimana boleh saya dapatkan cetak utk buat lepat lue….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s