Am : eSentral Aplikasi Bahan Bacaan Digital

Seperti semua ketahui, “Membaca Itu Jambatan Ilmu” untuk pelbagai cabang yang ada. Malah kini, membaca bukan sahaja melalui kaedah konvensional semata (berbentuk buku) namun sekian lama juga tersedia secara digital. Namun akhir-akhir ini, ia semakin meningkat ke tahap lebih tinggi yang mana bukan permintaan dari golongan pembaca/pengguna sahaja, juga meningkat dari pihak penyedia bagi mencapai matlamat dan salah satunya penyedia yang terkenal dinegara kita ini adalah eSentral.

Retetan meningkatnya permintaan pembaca dek kerana memuncak kemajuan peranti-peranti digital terkini yang mana beraneka pilihan dari pelbagai platform terkemuka bagi kemudahan membaca, sebagai contoh tablet. Nampaknya pihak eSentral semakin mengorak langkah yang kini semasa entri ini dikeluarkan hanya terdapat aplikasi untuk pengguna Apple peranti Ipad/Iphone dan Android sahaja, namun dalam perancangan mereka akan mengeluarkan untuk platform lain seperti Windows8 dan mungkin BB OS. Jadi, kepada kebanyakan pengguna Android tentu sudah memuaturun pada peranti masing-masing kerana ia baru sahaja dilepaskan beberapa minggu lalu. Kepada pengguna 2 lagi OS yang dikhabarkan sila tunggu kerana ia akan dikeluarkan.

Namun, selaku pengguna Symbian agak sedikit kecewa kerana perancangan untuk platform ini tidak nampak jalan dan kemungkinan besar tidak akan ada untuk selamanya. Nyata Symbian agak dipandang sepi mungkin atas sebab-sebab yang mana sedia maklum.

Nota :  Entri ni dah agak lama terperap dalam folder draf, malah “print screen” tu juga sebelum aplikasi Android dikeluarkan kepada pengguna.

Kemaskini : 27/11/2012

Tidak pasti sejak bila, e-Sentral turut boleh dibaca menggunakan pelayar web Google Chrome pada komputer Windows. Namun pada laman e-sentral.com turut menyatakan, ia boleh dibaca menggunakan Mac, iaitu peranti dari Apple. Buat masa ini, aku belum mencubanya pada pelayar Safari melalui MacBook Air.

Pada pelayar web komputer (dinamakan Cloud Reader), baca bacaan bukanlah dimuat turun secara berkekalan. Ia hanya boleh dibaca dalam talian. Jika pelayar web itu ditutup, ia memerlukan anda muat turun semula bahan bacaan yang telah dibeli dan tersimpan pada perpustakaan peribadi anda. Malah tiada fungsi menanda tempat anda berhenti membaca. Untuk menyambung bacaan, anda perlu pilih secara manual (satu-persatu).

Walaupun begitu. Berharap pihak membangun akan mengemaskini perkara terbabit, terutama mengenai tempat menanda. Malah kelebihannya nyata. membenarkan anda membaca walau dimana berada.

Advertisements
Galeri | This entry was posted in Am. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s