Pengalaman Bersama P1Wimax (part 3)

Semalam, 23 September 2012. Puan Noha ada terima panggilan dari nombor kawasan Selangor/KL sana. Padahal dah banyak kali dah, angkat je tidak  dengan sebab ingatkan dari pihak astro. Hehee… Ada masalah dengan astro la ni, ye tak?

Tapi apa yang disangka tu salah, rupanya panggilan dari ISP Internet P1Wimax. Mesti iklan lagi la tu. Dulu pun dah ada dah, dorang cadangkan untuk guna telefon. Tapi terus terang aku katakan yang kami tak guna telefon sangat, dah cukup dengan “handphone” yang ada sekarang ni. Jadi memang tak langgan la pasal tu.

Kali ni lain pula yang mereka cadangkan, memandangkan kami dah tamat tempoh kontrak selama setahun. Jadi mereka ada ikhtiar lain untuk teruskan kami menggunakannya tanpa menamatkan langganan yang mana sekarang ini bila-bila masa sahaja boleh menamatkannya tanpa sebarang caj penalti. Bijak betul dorang ni. Haihhh…

Apa yang perlu adalah, kami setuju sahaja untuk menambah kontrak selama 2 tahun dengan jaminan seandainya moden mengalami kerosakan, ia dapat diganti secara percuma dan bayaran bulanan sedikit berkurang kepada Rm53.00 yang mana terdahulu Rm59.00. Sebarang pakej data tiada perubahan. Hmm… tidak la memberangsangkan sangat tawaran tu.

Tapi Puan Noha dah setuju dengan tawaran tu. Adeiii… fikiran aku mahu tambah pada pakej Rm99 yang mana kelajuan dan quota yang lebih banyak. Huhuu… Oleh sebab penggunaan quota pun selalu berlebihan, mungkin perlu menambahnya. Apapun agak bermasalah dengan kontrak baru yang agak lama masanya.

Apa tidaknya kehabisan quota. Sekarang ni, tengok astro pun kena ada internet, samentelah lagi nak online bebila masa je. Belum ditambah lagi bila adik-adik datang ke rumah. Setakat 5gb tu, apa la sangat. Ada masa, kena juga tanya pihak P1Wimax ni bila nak tukar pakej. Adakah kena caj penalti untuk yang masih dalam kontrak.

Advertisements
Galeri | This entry was posted in Am and tagged , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s