Raya 2012 : Pasar Lambak Raya, Rengit

Dah habis bulan Syawal pun, tapi ni baru sempat untuk terbitkan foto-foto masa raya hari tu. Retetan urusan yang lebih penting terutama proses penyuntingan foto perkhawinan yang mana dah aku ceritakan pada entri yang lepas. Hmmm…. banyak jugak foto-foto raya ni, terutama foto “Si Tecik Chomang” kami ni.

Kali ni nak kesahkan suasana Malam Raya tempoh hari. Biasanya di mana-mana tempat berniaga, memang penuh sesak dengan pengunjung-pengunjung yang bermacam-macam ragam. Ada yang berbelanja sakan, ada juga yang sekadar cuci-cuci mata dengan sengaja mahu mensesakkan diri di tempat yang sedia sesak. hehhh…. Barulah menikmati suasana malam raya katanya…

Kami pun tidak kurangnya dengan niat sengaja mahu mensesakkan diri namun terselit jugalah untuk berbelanja. Songkok… Tertinggal kat KT, jadi kena la cari yang baru tuk solat raya esoknya.

Tapi jenuh plak nak tunggu Si Budak Tecik ni tidur, mana boleh bawak sama. Tak sempat suku kawasan pusing, kami pula yang semput nak layan kerenah dia. Lagi pun dah cukup jauh malam masa tu. Keluar awal-awal kurang pula merasa suasana sesaknya.

Tengok aje lah kat atas ni, dah puas main tangan, dah puas main kaki, pusing kanan kiri dan dah penat melentang terbalik, baru la tidur. Kami la yang jenuh nak tunggu dia nyenyak… Jika orang lain yang tidurkan, mahu saja tak tidur. Melalak aje la kerjanya.

Sesampai sana, sesak punya sesak nak kata. Jalan pun susun tapak satu persatu, samentelah masa nak parking kereta….tu usah cakap la. Jenuh mencari, punya la tunggu kalau-kalau ada yang dah nak balik. Makin ramai yang datang ada la..

Dari segi jualan pula, bermacam-macam ada. Bermula dari pakaian – hiasan rumah contoh seperti bunga hinggalah makanan dan aneka lain lagi. Barang-baranganya cukup melambak-lambak kat sana, keluarkan duit aje. hehh… Sehingga itu, nikmati beberapa keping foto yang sempat aku rakamkan. Sempat tak sempat je.

Lepak-lepak khemah jualan Pak Cik Saudara

Mana gambar raya? hehh… Tunggu entri yang akan datang. Tak boleh banyak-banyak terus masuk dalam 1 entri, bukan ada yang baca sangat pun. huhuuu….

Advertisements
Galeri | This entry was posted in Aneka, Fotografi. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s