Aplikasi : Pemain Muzik Pada Belle Refresh

Nampaknya Nokia memberi nafas baru pada aplikasi Pemain Muzik untuk peranti symbian miliknya, dengan syarat menaiktaraf perisian sistem operasi kepada Nokia/Symbian Belle Refresh untuk peranti-peranti yang dulunya menggunakan Symbian ^3 sebagai tunggak utama. Memberi sedikit seri biar pun tidak mampu untuk menggunakan Nokia/Symbian Belle FP 1 mahupun 2.

Paparan Pustaka Muzik diperbaharui dengan mengasingkan beberapa kategori seperti artis – album – lagu – senarai main – genre pada manu diatasnya. Paparan ini hanya beroperasi pada kedudukan portret.

Seandainya anda putar peranti pada kedudukan landskap, ia menunjukkan paparan album yang mana masih sama seperti dulu pada sistem operasi Belle. Biarpun begitu, ia kekal menarik memberi pandangan perbezaan malah mudah diakses. Untuk melihat senarai lagu pada sesuatu album, hanya sentuh pada album tersebut, kesemua senarai akan terpapar.

Untuk halaman muzik Sedang Dimainkan, ia memberi pilihan seandainya ingin Tunjukkan Lirik ataupun Sembunyikan Lirik walau pada mana-mana kedudukan. Ia boleh diakses pada butang Pilihan, seandainya lagu anda itu mempunyai data lirik yang telah disimpan. Sekiranya tiada, pilihan ini tidak diaktifkan.

Dengan pembaharuan ini, ia nampak lebih segar bagi menikmati muzik kegemaran walau di mana jua. Bagi anda yang meminati bidang muzik, seharusnya anda kemaskini senarai lagu anda dengan lebih baik dan bukan hanya muat turun sesuka hati tanpa sebarang penyusunan.

Advertisements
Galeri | This entry was posted in Mobile. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s