Aplikasi : Toshl Bermasalah Menyimpan Data di Awan

Toshl antara aplikasi pengurus kewangan yang menampung kebanyakan sistem operasi yang popular kini. Malah ia adalah percuma untuk pengguna peranti Nokia berlandaskan Symbian ^3 hinggalah Symbian terkini. Selain menyimpan data pada peranti, ia juga membenarkan anda untuk selaraskan pada simpanan di awan setelah anda mendaftar secara percuma di halaman toshl.com.

Ia antara aplikasi terawal digunapakai setelah memiliki peranti Nokia E7 yang menggunakan Belle. Sepanjang perkhidmatannya, ia amat sempurna dan amat berpuas hati tanpa sebarang masalah.

Namun pertama kali ini, setelah mengemaskini sistem operasi dari Nokia Belle kepada Nokia Belle Refresh. Satu masalah utama yang dihadapi adalah tidak mampu untuk menyimpan data ke akaun toshl. Jika ini berterusan dan tiada kemaskini dikeluarkan pihak pembangunya, segala data berkaitan pada peranti akan turut hilang seandainya peranti bermasalah dan perlu diformat.

Mengharapkan pihak pembangun mengeluarkan kemaskini terbaru bagi mengatasi masalah ini serta dengan kemudahan yang lebih baik dan menarik walau sehingga kini tidak pasti penambaikan yang bagaimana diperlukan.

Kemaskini 13 Disember 2012

Telah lama berhasrat untuk mengemaskini maklumat mengenai aplikasi ini, dan ia terabai sekian lama biarpun aplikasi ini telah pun diberi nafas baru dari pembangunya, yang mana dengan beberapa fungsi yang lebih menarik dan paparan sedikit berlainan dari versi terdahulu sebelum keluarnya sistem operasi Belle Refresh.

Screen56

Dengan kemaskini pada versi 1.70.1, ia menyelesaikan beberapa masalah sebelum ini pada versi 1.70.0 iaitu kemaskini pertama untuk Belle Refresh. Antara masalah yang telah diatasi, boleh rujuk pada tangkapan skrin diatas. Walaubagaimana pun, aplikasi ini antara yang terbaik malah percuma.

Advertisements
Galeri | This entry was posted in Mobile. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s