Belle Refresh : Kretiviti Skrin Utama

Hampir 2 minggu juga ambil masa untuk aku berkretiviti pada skrin utama Nokia E7 ini, setelah berjaya menaiktaraf sistem operasi terbaru iaitu Nokia Belle refresh. Mana-mana widget yang terbaru dan menarik malah agak penting, mestilah terus dipasang pada skrin utama untuk akses dengan lebih segera.                     

Antara widget-widget yang terbaru pada Nokia Belle Refresh aku guna pakai dan menarik minat adalah seperti:

1. Widget Cuaca Sekarang, namun animasinya agak menghampakan yang mana tidak mengikuti keadaan semasa.

2. Widget Jam Teks, ia amat menarik dan terdapat sedikit kekurangan bagi aku kerana tidak dinyatakan hari bersamanya.

3. Widget Kenalan Tunggal, sama seperti sebelum ini namun perbezaan dapat terus menghubungkan dengan ‘facebook’ kenalan.

4. Widget Suapan RSS, amat berguna untuk akses dengan segera pada laman yang selalu dan acapkali kita lawati. Tidak perlu lagi untuk buka pelayar web.

5. Widget Kalendar Agenda, Ia memaparkan acara-acara yang mana anda telah tetapkan pada kalendar pada 1 hari tersebut. Memudahkan anda menguruskan agenda harian anda.

6. Widget Dinding Photo, Membenarkan anda pilih foto-foto yang menarik untuk tatapan setiap kali anda mengalih skrin utama. Cara penyampaian agak menarik dengan kotak-kotak frame.

7. Widget Pemain Muzik Mini, Perbezaan hanya pada saiz dan memberi sedikit ruang untuk menambah widget lain. Namun Pemain muzik yang baru ini amat menarik, akan aku terbitkan 1 entry khas mengenainya. Buat masa ini, aku sibuk juga menyelaraskan lagu-lagu kegemaran.

Sempurna semua skrin utama dan digunakan keseluruhannya tanpa membiarkan kosong begitu sahaja. Setakat ini, aku amat berpuas hati kecuali beberapa widget seperti widget cuaca dan widget jam teks. 

Advertisements
Galeri | This entry was posted in Mobile. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s