Landskap : Foto HDR Pantai Sungai Lurus

Pertama kali menggunakan teknik HDR pada foto yang aku rakamkan dan hasilnya sememangnya amat menarik malah berupaya menyelamatkan foto-foto yang bermasalah. Sekian lama juga dipendam hasrat untuk menghasilkan foto HDR ini hanya disebabkan tiada perisian bagi menghasilkannya.

Namun beberapa hari lepas, aku berjaya mendapatkan perisian yang lengkap sepenuhnya. Biar pun foto HDR aku ini tidak sehebat mana, namun aku amat berpuas hati dengan hasilnya. Ia amat berbeza berbanding foto asal malah lebih menarik.

Foto asal yang tidak menjalankan sebarang perubahan

Foto yang telah menjalani perubahan asas, level dan curve

Hasil dari penggunaan teknik HDR

Dibawah ini, beberapa hasil foto HDR yang mampu diusahakan dengan bantuan perisisan Dynamic Foto HDR 4.8. Dari masa ke semasa, aku akan memperbaiki lagi teknik penghasilan HDR dan memberi nafas baru pada foto-foto yang kurang berjaya yang telah dirakamkan. Dah lama juga tak merakam foto pemandangan….

Nota : Beberapa foto asal yang belum menjalani teknik HDR boleh dilihat pada entri ini.

Advertisements
Galeri | This entry was posted in Fotografi, Haiwan/Serangga, Landskap. Bookmark the permalink.