Raya 2012 : Perjalanan Balik Beraya

Selamat sudah balik beraya dan selamat juga kembali bekerja, syukur alhamdulillah pada yang Esa dipermudahkan sepanjang perjalanan. Arus lalu lintas dari Kuala Terengganu – Kuantan – Muadzam – Segamat – Ayer Hitam – Rengit tidaklah sesak sangat, sekadar biasa-biasa je.

Melepasi Bandar Mukhtafi Bilal Shah, ada juga la sangkut jap. Sebab utama, terjadinya kemalangan yang membabitkan Avanza, Viva dan mungkin Wira. Dengar – dengarnya, ada yang meninggal.

Pihak penyelamat menjalankan tugas

Terpelosok ke longkang tanah

Lemang kat bawah ni aku singgah beli di jalan Muadzam – Segamat kawasan Keratong. Biasanya aku beli Lemang Kijal, memandangkan tak lalu laluan pantai. Maka tak dapat la nak singgah. Harganya Bergantung pada saiz lemang tersebut, Untuk pencecah daging dan ayam tu rm5 sebekas.

Lemang

Sepanjang perjalanan nak sampai segamat tu, Ya Allah… Mengantuk ya amat. Terasa jauh je nak sampai simpang 3 segamat – muar tu, padahal tak sampai pun 15 minit dari tempat aku singgah segarkan mata ni.

Apa-apa pun singgah la kejap, keselamatan lebih penting sekarang ni, bukan macam dulu. Sebelum adanya budak comang kat bawah ni, takde maknenya aku nak singgah menyinggah. Terus ke destinasi utama je, kecuali singgah Petronas isi minyak.

Dalam pada menyinggah ni, meh panaskan sensor kamera terlebih dulu. Hilang jugak mengantuk.

Dalam pada makin hampir raya ni, kerajaan telah umumkan kenderaan berat seperti lori tidak dibenarkan beroperasi di jalan raya, kecuali untuk pengangkutan makanan dan minyak. Tapi sepanjang perjalanan kami, masih juga terdapat lori-lori yang beroperasi. Kemungkinan besar ianya terdiri daripada yang dikecualikan. Tapi ada 1 kenderaan berat yang masih beroperasi, tengok kat bawah tu. hihiii….. Kira halal ajelah, bukan laju pun.

Advertisements
Galeri | This entry was posted in Am, Aneka, Fotografi, Landskap, Portret. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s