Kemaskini Nokia Belle Refresh Dilepaskan

Akhirnya, Nokia melepaskan juga kemaskini terbaru untuk sistem operasi Symbian/Nokia Belle kepada pengguna telefon pintar Symbian ^3 dahulu yang telah dinaiktaraf pada Belle. Ia dinamakan sebagai Nokia Belle Refresh. Kemaskini ini mungkin sebagai ganti Belle FP1 yang mana telah digunapakai oleh Nokia 808 Pureview dan telah pun berada dipasaran beberapa bulan lepas, hanya telahan peribadi yang kurang pasti.

Kepada pengguna peranti Nokia N8, Nokia E7, Nokia C7, Nokia c6-01, Nokia X7 dan Nokia Oro sudah boleh mula muat turun terus dari peranti atau ke laman Nokia Support bagi mengetahui kaedahnya dan mendapatkan maklumat yang lebih lanjut. Namun untuk Nokia E6 akan menerimanya pada penghujung Ogos ini, manakala Nokia 500 akan menerimanya dalam masa beberapa minggu sahaja lagi.

Dengan penaiktarafan ini, terdapat beberapa perkara yang membuatkan peranti Belle anda lebih menarik terutama Pelayar Webnya yang menyokong HTML5. Namun seperti penaiktarafan sebelum ini, mungkin selepas ia dijalankan dan berjaya. Beberapa aplikasi yang sedia digunakan tidak berfungsi dengan baik kerana masalah keserasian. Walaubagaimana pun, anda boleh periksa dengan pihak pembangun aplikasi yang anda guna.

p/s : pastikan peranti anda telah melakukan proses pelarasan data (backup) sebelum menjalankan proses penaiktarafan bagi mengelak kehilangan data yang amat penting.

Advertisements
Galeri | This entry was posted in Mobile. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s