Radang Appendix Yang Tak Dijangka – Bahagian 2

Masih lagi dengan isu radang appendix yang baru aku alami dan harungi dengan tabah walau ada ketikanya ada terdetik rasa kecewa dengan diri sendiri. Namun itu semua ujian Allah, bila di fikir mendalam ia hanya secubit dari kesakitan dan ujian yang lebih besar yang ditempuhi oleh orang lain.

Setelah selama 2 minggu menanggung kesukaran bekas pembedahan, dan kini aku syukur dah kembali sihat seperti sediakala. Dalam pada itu, aku juga terfikir-fikir secara lahiriah. Kenapa aku dapat sakit ni? sedangkan tiada dalam sejarah keluar aku menerimanya, sememangnya bukanlah penyakit berjangkit atau pun keturunan.

Dari bahan-bahan bacaan bacaan di arena maya, tidak pula dinyatakan punca sebenar yang membolehkan individu mengidap risikonya. Malah ada yang menyatakan bukan disebabkan faktor pemakanan semata. Hanya menyatakan punca yang misteri dan tidak terungkai. Entahlah.

Mengikut pendapat orang-orang kampung, faktor suka makan pedas dan biji-biji jambu batu atau lada yang menyebabkan berisiko tinggi menghadapinya. Namun banyak bercanggah dengan aktiviti pemakanan aku yang sememangnya tidak makan pedas malah memang kurang makan buahan. Yang pasti aku gemar akan daging-daging yang boleh disifatkan agak keras, malah berpunca pula dengan kekurangan air masak.

Secara kasar dan penelitian aku yang tidak sahih ni megatakan punca aku menerimanya disebabkan kurangnya air masak bagi mengalirkan sisa makanan yang dikisar halus dan tersanggkut pada saluran appendix. Lama kelamaan ia bertoksik dan menghasilkan gas dan terus bernanah dan menghasilkan bakteria yang tidak baik.

Biar apa pun kini, aku terima dengan redha.

Advertisements
Galeri | This entry was posted in Am. Bookmark the permalink.

One Response to Radang Appendix Yang Tak Dijangka – Bahagian 2

  1. Pingback: Am : Rindu 2013 | Petiirrzzz

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s