Radang Appendix yang tak dijangka

Tak pasal-pasal kena dok dalam wad. Tak pernah-pernah dalam hidup aku tido kat hospital sebagai pesakit. Masa isteri aku bersalin tu ajelah aku tido kat hospital, itu pun sebagai penjaga. Adehh… tak sangka sungguh. Kecewa pun ada dengan diri sendiri sebab tak jaga kesihatan. Huhuu…

Selasa lepas, sesudah je bukak puasa. Tak sampai sejam perut aku rasa tak sedap semacam je. Rasa macam kembung pun ada. Sedawa tak lepas, buang angin tak lawas. Adehh… angin lagi la ni. Tu aje la yang ada dalam kotak fikiran aku ni.

Besoknya pergi kerja pun jalan tak betul, dah macam bini aku lepas pantang aje. Huhuu… teruk betul rasanya. Kenapa plak ekk…? Ke sebab angkat barang berat-berat semalam. Patut g klinik ambil ubat nih, seksa benar rasanya. Bila malamnya g klinik, skali tutup la plak. Adehh… ape punya malang betul la. Sabar aje la bulan-bulan posa ni.

Khamisnya aku nekad pagi-pagi lagi pergi klinik. Bila dah doktor “check-up” rupanya aku kena Apendix. Luluh hati aku masa tu juga, kecewa betul rasa. Tak terfikir langsung dalam benak aku ni yang kena penyakit ni. Lagi mengecewakan bila doktor cakap jalan penyelesaiannya dengan bedah. Aduhh… lagi kecewa, dah la aku memang takut bedah membedah ni. Atas saranan doktor panel, terus ke Hospital besar bagi tindakan susulan. Dalam pada tu, sepanjang jalan, tak habis-habis fikir pasal pembedahan dan rasa kecewa yang amat sangat. Takut sebenarnya.

Sekali lepas “check-up” kali kedua, memang sah la kena Apendix. Pastu apa lagi, kena tahan kat wad la jawabnya. Pertama kali aku dok dalam wad, kena masuk air plak tu kat tangan. Aduss… nak je meraung cakap tak nak. Tapi nanti tak sembuh plak.

Bila dah tido semalaman, pagi jumaat baru la dapat masuk dewan bedah. Tak tahu la nak kata apa perasaan masa tu. Huhh… gerun. Dok atas katil yang ditolak tu, rasa macam tengok drama kat tv je.

2 jam jugak amik masa proses pembedahan tu. Memang tak sedar pape la masa pembedahan tu, tau-tau dah siap semuanya. Memang itu yang aku nak pun. Pape pun lega dah skang ni. Cuma kena tahan sakit bekas jahitan tu aje lah.

Harap-harap esok pagi-pagi dah dapat kuar sebab doktor pun dah kata yang esok boleh la kuar. Makan minum pun ok je. Alhamdulillah la selamat. Terima kasih sangat kat isteri tersayang dah banyak bersusah payah jaga aku dan buat itu ini, bak dan ma aku yang datang melawat malah ma aku yang sanggup datang dari kampung semata-mata nak jaga aku kat hospital ni. Mak sdara juga sebab sanggup jaga tecik kesayangan kami.

Note : 4 botol stakat dok spital ni masuk air…

Advertisements
Galeri | This entry was posted in Am. Bookmark the permalink.

One Response to Radang Appendix yang tak dijangka

  1. Pingback: Am : Rindu 2013 | Petiirrzzz

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s