Santai : Angin Petang di Taman Permainan Kuala Ibai *02

Riang ria betul Hayani bersiar-siar di taman permainan ni. Tengok anak-anak lain yang lebih dewasa darinya bermain-main, tentu buat Hayani rasa teruja dan tak sabar-sabar untuk membesar dan menikmati permainan yang ada. Kiranya ini sesi pengenalan buat Hayani terlebih dahulu.

Petang 19 Mei lepas aku bawa Hayani jalan-jalan menikmati angin petang di Taman Permainan Kuala Ibai (Masjid Terapung) lagi. Oleh kerana tempat awam ini yang paling terdekat dan menarik dengan rumah, jadi ke sini aje la selalunya.

Mungkin lain kali boleh ke Taman Permainan Pantai Batu Buruk pula, namun kat sini agak ramai pengunjung. Kurang sikit la santainya, samentelah dengan kereta yang banyak lalu lalang.

Hayani besama Tok Ma nya yang datang berjalan

Tengok aje la, meleleh. Suka sangat main air liur

Dah agak lama foto-foto ni terperap dalam “SD CARD” kamera, tak berkesempatan untuk pindah ke “External HDD” sehinggakan penuh 4gb kapasitinya masa bergambar di Karnival Makanan Ala Thai. Namun masih ada yang lain belum berkesempatan untuk berbuat apa-apa, mungkin akan aku kemaskini dari masa ke semasa.

Bahan-bahan dah agak banyak, namun masa pula yang agak terhad. Buat masa ini aku cuba belajar cara penyusunan gambar untuk nampak menarik dengan hanya menggunakan Photoscape. Hmm… tapi susah jugak ye nak susun gambar ni, lagi-lagi bila gambar telalu banyak dan membuatkan keliru untuk buat pilihan.

Chik Su Hayani

Chik Ngah Hayani

Advertisements
Galeri | This entry was posted in Fotografi, Portret. Bookmark the permalink.

One Response to Santai : Angin Petang di Taman Permainan Kuala Ibai *02

  1. Pingback: Am : Rindu 2013 | Petiirrzzz

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s