Aktiviti Sekitar : Karnival Makanan Ala Thai 2012

Tahun ke-2 kami ke Karnival Makanan Ala-Thai yang diadakan di Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu pada awal bulan Jun ini. Namun kali ni kami ke sana bersama dengan adik-adik ipar aku dan yang teristimewanya Hayani.

Karnival yang berjalan selama seminggu ini membawakan beraneka jenis makanan yang enak untuk dijamu malahan membuka selera untuk merasa. Pastinya dengan bahan-bahan yang sama, kita juga mampu mencuba sediakannya sendiri di rumah.

Pizza Cheese – Sama juga dengan pizza kampung tempatan yang mana tidak kurang hebat dan sedapnya.  Tetiba teringat pula dengan roti pizza yang ada jual dikedai-kedai runcit.

Lama juga aku terbelek-belek lampu berwarna-warni yang cantik ni. Beraneka bentuk ada, termasuklah bentuk buah straberi dengan aneka warna. Teringin… fikir punya fikir, malasnya nak gantung-gantung kat rumah. Nantilah.

Makanan di stall ni pun menarik juga, pada setiap cucuk terdapat daging – nenas – tomota dan 1 perkara lagi yang aku lupa, mungkin timun. Makanan tersebut dibakar dan sirami dengan kuah BBQ.

Makanan kat atas ni tak ubah seperti telur dadar goreng, cuma yang bezanya dalam telur tu ada makanan laut terutama sotong. Kita pun boleh buat sendiri kat rumah. Mungkin telur tu juga dicampur dengan tepung beras.

Balang pertama adalah buah-buahan yang telah dikeringkan dan gaul dengan gula, rasanya sedikit asam. Balang kedua dan ketiga kat atas ni aku tak beli, cuma yang pasti dari penjual tu mengatakan dalam balang kedua yang bulat-bulat berwarna-warni tu adalah kacang.

Yang ini mesti korang tau ekk… roti tisu. tidak menarik minat aku pun, cuma adik ipar yang suka dan dia yang membelinya.

Makanan ni aku tak pasti namanya. Namun sama juga dengan kita yang mana sosej dan aneka makanan segera lain digoreng terlebih dahulu, cuma berbezanya kuah yang tersedia dan rasa sedikit masam-masam manis. Mungkin nak sama dengan Youg Tau Fu yang direbus sekejap dan berkuah sup, namun ini digoreng.

Tak perlu diperkenalkan Telur Masin ini, namun aku sedikit terkejut juga la dari apa yang dikata penjual ini. Telur masin yang masih mentah sangat sedap digoreng. Ini pertama kali bagi aku mendengarnya walaupun aku sendiri orang kampung. Mungkin Korang pernah mendengarnya.

Santai sungguh Hayani dikerusi tolaknya, lagi-lagi kakinya yang tersangkut tu. Agak lama juga dapat pusing-pusing tanpa Hayani menunjukkan karenah yang kurang elok.

Mungkin tahun depan masih ada karnival seperti ni, jika tiada aral apa-apa yang menghalang… boleh lagi berkunjung. Malah ketika itu Hayani dah mampu berjalan tergedek-gedek pun.

Advertisements
Galeri | This entry was posted in Aneka, Fotografi, Makanan, Portret. Bookmark the permalink.

One Response to Aktiviti Sekitar : Karnival Makanan Ala Thai 2012

  1. Pingback: Nurhayani Zahirah : Santai di Taman Permainan Kuala Ibai | Petiirrzzz

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s