Aplikasi : Berita Harian & Harian Metro Untuk Symbian Belle

Akhirnya, muncul juga aplikasi berita semasa berbahasa melayu untuk peranti yang menggunakan sistem operasi Symbian Belle iaitu Berita Harian dan juga Harian Metro. Rasanya ia masih baru dilepaskan pada Nokia Store, kerana beberapa hari lepas ada juga aku tinjau-tinjau aplikasi yang terdapat dalam Nokia Store ni. Namun tidak pula aku temuinya. Malah, ketika menyiapkan artikal ini dan cuba mendapatkan ‘link’ dengan melayari Web Nokia Store, ia juga tidak dapat dijejaki. Ini agak mengelirukan.

Kedua-dua aplikasi yang dikeluarkan oleh NSTP e-Media ini boleh dimuat turun secara percuma. Aplikasi kali ini lebih menarik berbanding sebelumnya yang mana pernah aku gunakan pada Nokia N97 dan amat membosankan. Ia memaparkan antara muka yang lebih mudah dan minimalis, malah apa yang lebih utamanya adalah setiap rencana yang dikhabarkan adalah berita penuh tanpa perlu melayari web pada peranti.

Rakaman Skrin untuk Aplikasi Berita Harian

Kesemua aplikasi ini sama mudah untuk dikendalikan, namun agak sayang kerana ia tidak menampung untuk paparan landskap. Dengan membenarkan pembaca berkongsi artikal di laman sosial seperti facebook dan juga twitter, aplikasi ini nampak lebih menyerlah dan lebih berguna.

Rakaman Skrin untuk Aplikasi Harian Metro

Nampaknya, Symbian bukanlah dilupakan terus oleh pembangun-pembangun aplikasi tempatan. Cuma ia terlambat sedikit berbanding pesaingnya yang lain. Walaubagaimana pun, berharap aplikasi ini akan ada kemaskini dimasa akan datang yang mana memberi mutu yang lebih baik.

Advertisements
Galeri | This entry was posted in Mobile. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s