Aplikasi : Kemaskini Peta Nokia Versi 3.09

Pernah dalam entri sebelum ini, aku mengatakan terdapat kekurangan mengenai aplikasi Peta dan Navigasi pada peranti Nokia yang menggunakan Nokia Belle berbanding pada peranti Nokia N97 berlandaskan sistem operasi Symbian^1. Namun ketika itu, pada peranti Nokia Belle menggunakan versi 3.08 dan pada peranti Nokia N97 menggunakan versi 3.06.

Walaubagaimanapun pada entri ini, aku mengemukakan kembali mengenai Peta dan Navigasi pada peranti Nokia Belle dengan kemaskini versi 3.09 yang mana boleh terus dimuat turun dari Nokia Store ataupun telah tersenarai pada aplikasi Kemaskini Perisian pada peranti Nokia Belle anda. Untuk maklumat yang lebih lanjut, anda boleh ke laman Nokia Malaysia.

Namun aku tidak jelas sejak bila kemaskini ini dikeluarkan pihak nokia secara sahih. Aku hanya menyedarinya melalui aplikasi kemaskini perisian pada bulan May lepas dan terus dimuat turun pada peranti.

Kekurangan yang aku maksudkan pada entri lepas adalah kemudahan untuk Tambah Ke Laluan. Pada versi 3.08 tidak menyediakan kemudahan ini dan ia agak ketinggalan berbanding versi 3.06 yang mana lebih lama, namun tetap disediakan untuk diakses dan digunakan dengan lebih bermutu. Beberapa tangkapan skrin menunjukkan langkah penggunaan kemudahan yang dimaksudkan :

Pertama : Pilih lokasi pertama yang ingin dituju.

Kedua : Tekan lama pada tempat hendak dituju sehingga keluar ‘popup’ dan pilih Tambah Ke Laluan

Ketiga : Anda akan dibawa ke paparan baru yang mana mampu untuk anda tambah ke laluan kedua. Untuk menambah laluan, anda hanya perlu pilih Tambah titik laluan baru.

Keempat : Pilih cara mana untuk anda cari tempat tujuan anda, disini aku gunakan  Dari Peta.

Kelima : Pilih Destinasi anda.

Keenam : Tekan lama destinasi sehingga keluar ‘popup’ Pilih.

Ketujuh : Sekiranya semua destinasi telah dipilih, anda perlu tekan pada tanda ‘right’.

Kelapan : Anda akan dibawa ke paparan keseluruhan perjalanan anda. Di sini, pilih butang Pilih yang berbaris tiga tersebut.

Kesembilan : Pilih sahaja Mula Memandu atau Simpan Laluan, Namun aku pilih Mula Memandu.

Kesepuluh : Perjalanan bermula.

Kesebelas : Paparan menunjukkan destinasi pertama hampir sampai.

Kedua belas : Paparan menunjukkan, menuju ke destinasi kedua.

Antara kelebihan lain yang terdapat pada versi ini seperti, mampu meletakkan foto-foto yang dirakam di atas peta. Pastikan foto-foto anda mempunyai maklumat koordinat.

Malah mempunyai aplikasi Pengangkutan awam yang mana mampu untuk anda mengetahui masa perjalanan kenderaan awam. Namun sayangnya, aplikasi ini tidak menampung kenderaan awam di Malaysia.

Nampaknya Peta dan Navigasi Nokia makin meningkat maju dan meninggalkan pesaingnya terkebelakang dan sehingga kini mengikut pendapat aku dan mungkin juga anda malah ramai pendapat para profesional mengatakan, masih belum ada Peta dan Navigasi yang mendahuluinya.

Kemaskini  26/06/2012

Tambahan maklumat yang mana semasa menyiapkan artikal ini aku terlepas pandang mengenainya. Namun ada ketikanya ia amat berguna dan amat membantu, malah menunjukkan bertapa hebatnya anda dimata rakan-rakan. hehee…

Pada rakaman skrin yang keempat – sebelah kanan anda, di situ menunjukkan maklumat jarak dan masa perjalan yang diambil dari destinasi pertama ke destinasi kedua. Contohnya dari Tutty Fruity ke Dataran Shah Bandar mengambil masa 1 minit dengan jarak 1.1km dengan memandu.

Apa yang pentingnya?

Pertama, anda akan mengetahui jarak sebenar dan masa yang diambil untuk ke sana dan anda mampu untuk merancang perjalan anda ke destinasi seterusnya. Perancangan perjalan membantu anda memandu dengan lebih selamat

Kedua, sekiranya rakan-rakan anda bertanya anda. Dari kedudukan A ke kedudukan B (sebagai contoh) berapa jarak dan masa yang diambil untuk ke sana? Anda hanya perlu buka Peta Nokia dari telefon pintar anda dan menjalankan beberapa tetapan, serta merta anda mampu menjawabnya dengan lebih tepat. Tidakkah itu hebat? Tak perlu lagi melangguk depan komputer bagai untuk akses Peta Google.

Contoh yang lebih dekat, dengan apa yang terjadi pada aku seketika tadi. Rakan sekerja kehilangan data perjalanan dari titik A ke titik B ketika kami menjalankan kerja luar pada 2 bulan dahulu. Maka beliau memerlukan data perjalan tersebut untuk beberapa perkara, malah aku sendiri tidak menyimpanya. Namun beliau minta kerjasama aku untuk mendapatkannya kembali, biar pun dihadapannya ada komputer untuk akses Peta Google. Namun ia agak melecehkan bagi mendapatkan kedudukan yang tepat. Dengan kelebihan yang ada pada aku ini, data yang hilang mampu dikembalikan dengan kadar segera. Namun dalam hati, “benda macam tu pun minta tolong aku”. Hehh….

Advertisements
Galeri | This entry was posted in Mobile. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s