Peraduan : Sila “LIKE” Untuk My Oren

Dah lama aku tak bercerita pasal Oren kat sini semenjak sibuk dengan Hayani. Mungkin Oren pun terasa terabai sekarang ni. Pape pun, aku cuba jugak beri perhatian kat Oren. Risau nanti kalau dia rasa tersisih, boleh pula buat hal lari dari rumah. Huhuu…

untuk ‘like’ foto ini, sila klik disini untuk ke pautan

Oren pun selalu juga menempelkan diri dekat dengan hayani, terutama masa tidur. Pernah sekali Oren menempel-nempelkan dirinya itu, sekali Hayani tarik-tarik bulunya. Dia buat bodohh… je. Nasib baik juga la Oren tak mengiau. Tapi risau juga dengan bulu Oren ni, dah la bersepah je bulunya. Huhuu… kena waspada juga la sampai Hayani besar.

untuk ‘like’ foto ini, sila klik disini untuk ke pautan

Gambar kat atas ni aku cuba masuk peraduan “Anda dan Kucing” di halaman facebook Dunia Kucing. Saja cuba-cuba masuk peraduan dan ini kira pertama kali buat aku cuba memperaduankan diri aku ni, huhuu…. Malah kebetulan masa tuan laman Dunia Kucing ni baru buka peraduan tersebut, sememangnya aku punya banyak gambar Oren. Apa salah mencubakan.

Peraduan ni bermula 4 Jun 2012 sehingga 20 Jun 2012 ni, korang pun boleh mencuba bagi yang ada kucing dirumah tu. Kalau tak ada kucing, culik kejap kucing jiran untuk bergambar sekeping dua. Syarat yang paling mudah untuk sertai, pastikan korang ada bersama dengan kucing dalam satu gambar. Tak kira la posing macam mana pun. Kemudian anda hantar ke ‘facebook’ Dunia Kucing ni walau banyak mana pun. Kemenangan berdasarkan ‘like’ terbanyak.

Sementara itu, apa kata korang pun klik ‘like’ gambar-gambar kat atas ni dengan klik pautannya disini dan disini. Suruh kawan-kawan anda ‘like’ juga ye. Huhuu… Sebelum 20 Jun 2012 tau.

Advertisements
Galeri | This entry was posted in Am, Fotografi. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s