Santai : Angin Petang Di Pantai Teluk Ketapang

Ahad, 03/06/2012. Di hari cuti ganti bagi Ulang Tahun DYMM SPB Yang di-Pertua Agong Malaysia untuk rakyat negeri Terengganu dan beberapa negeri lain malah bersama pula dengan cuti sekolah memang menyeronokkan buat mereka yang mempunyai anak yang sudah bersekolah. Namun bagi aku yang anak masih kecil,  ia hanyalah perkara biasa dan tiada apa-apa kelebihan cuma satu keistimewaan untuk aku sendiri yang bekerja makan gaji ni. huhuu… Namun, aku patut menafaat cuti yang ada sebaiknya.

Bila difikirkan kesibukan Bandar Terengganu di musim cuti sekolah ni, ia buat aku rasa malas untuk melangkah keluar jauh dari pagar rumah. Namun desakan tu aku pendamkan je dan fikir-fikir, mana nak pergi petang ni ekkk….?

Hayani teruja tengok orang ramai yang berpusu-pusu

Masa kami sampai kedai ni, orang belum ramai lagi. Namun kedai yang sebelah sana macam dah penuh dah. Mahu jejakkan kaki pun dah tak dapat, ini plak nak cari meja kosong. Jadi singgah la kedai yang kurang orang ni, sedap atau tidak tu citer lain. Asalkan niat asal nak makan makanan laut celup tepung ni tercapai, tu dah kira baik untuk masa cuti macam ni.

Makanan belum pun sampai lagi, kerusi pun belum panas duduk lagi, sekejap je kedai ni juga kena serbu dengan pengunjung lain. nasib baik sempat pesan makan awal-awal sebelum semua makanan habis, kalau tidak… alamak tak merasa gamakya. Tengok Hayani kat atas ni, teruja tengok orang ramai.

Sotong celup tepung

Udang celup tepung

Ikan celup tepung

Sotong, udang dan ikan celop tepung. Sempat ‘snap’ yang dah nak habis je, masa banyak-banyak tu terlupa sebab dah tak sabar-sabar nak meratah. Ikannya pun tidak keras seperti sesetengah tempat yang pernah aku kunjungi malah harganya tidaklah terlalu mahal dan boleh dikatakan agak murah juga la.

Kalau kalian nak cuba sendiri tempat yang aku datang ni, kalian boleh lalu sepanjang jalan persisir pantai kat Teluk Ketapang tu dan sampai la hujung sekali berhampiran pagar lapangan terbang. Kedainya kedua terakhir. Kedai baru rasanya. Lebih mudah, masukkan koordinat ni, 5º 23′ 14″ N, 103º 6′ 44″ E ( 5.387222, 103.112222 ) ke peranti gps kalian.

Sebelum balik dan perut pun masing-masing dah kenyang, kita bergambar dulu. Lupa nak bawak A33, jadi guna yang mana ada je lah. Itu pun dah cukup sempurna dari tiada gambar langsung.

Ini kali pertama untuk Hayani jejak ke Pantai Teluk Ketapang ni. Nanti kita datang lagi dan lagi seronok masa tu Hayani dah pandai jalan sendiri.

nota : esoknya sebelum sempat entri ini siap ditulis sepenuhnya, Hayani sekali lagi pergi ke Pantai Teluk Ketapang bersama dengan Nek Chiknya, temankan 2 pupunya bermain kat sana.
Advertisements
Galeri | This entry was posted in Fotografi, Makanan, Portret. Bookmark the permalink.

2 Responses to Santai : Angin Petang Di Pantai Teluk Ketapang

  1. Bali Tour berkata:

    This is great Article
    Thanks for the recipe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s