Follower & Following

Bila berbloging ni, mesti ramai bloger-bloger yang hebat diluar sana mempunyai pengikut tersendiri dengan begitu ramai sekali. Ada pengikut yang terang-terangan diketahui dan dikenali, dan ada juga pengikut yang senyap tidak diketahui. Maksudnya anda mengikuti sesuatu laman individu tersebut secara senyap dengan tidak melakukan sebarang aktiviti seperti komen ataupun tekan butang “like'” dan “follow”.

Secara peribadinya seperti aku ni. Hanya mengikuti sesuatu laman secara senyap dan amat jarang melontarkan sebarang komen dan aktiviti lain. Mungkin itu satu kelemahan aku dalam berbloging ni. Namun mungkin aku perlu mengubahnya bermula kini.

Tanpa sedar, rupanya laman aku ini juga telah diikuti oleh seorang insan seni dalam bidang fotografi. Malah aku sendiri rasa gembira kerana beliau memulakan langkah pertama dan salah seorang yang pertama mengikuti laman ini dengan diketahui oleh aku sebagai tuan empunya laman. Dengan ikhlas hatinya, aku amat BERTERIMA KASIH kepada beliau dan hanya itu yang mampu aku ucapkan.

Setelah melawati laman beliau, aku terasa “WOWW…”. Foto-foto yang dihasilkan sungguh menakjubkan dan membuatkan semangat aku terus membara kembali untuk berfotografi dengan Sony a33, setelah sekian lama hanya merakam situasi dengan menggunakan “cameraphone” yang agak terhad fungsinya.

Tanpa berlengah lagi, sekalian boleh ke laman beliau aswadalwee.com dan menikmati foto-foto perkhawinan yang menarik malah boleh dijadikan panduan untuk berfotogarafi juga. Selain laman tarmizishukri dan beberapa laman lain yang aku ikuti secara senyap untuk dijadikan panduan berfotografi, pastinya laman ini juga akan jadi salah satu laman rujukan untuk aku terutama dalam bidang foto portret dan perkhawinan. Berharap tuan empunya laman menerimanya dengan terbuka.

nota : masih ada beberapa foto majlis kahwin kenalan dan saudara yang terperap dalam memori kad kamera tanpa lakukan apa-apa tindakan. malas makin menguasai diri. huhuuu….
Advertisements
Galeri | This entry was posted in Am. Bookmark the permalink.

4 Responses to Follower & Following

  1. mohdaswad berkata:

    Wow jugak bila ada blogger seperti petirzz review pasal kita…terima kasih atas sokongan saudara…:))

  2. Petiirrzzz berkata:

    Terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s