Aplikasi : Molome

Beberapa hari ni, aku tengah kemaruk dengan aplikasi molome ni. Kalau diikutkan, aplikasi ni dah lama bertapak di Nokia Store yang dulunya dikenali dengan Ovi Store untuk para pengguna telefon pintar dari jenama Nokia yang menggunakan sistem operasi symbian. Tapi baru kini aku ambil serius untuk menggunakannya.

Sebelum ini, ketika menggunakan Nokia N97 lagi. Ada juga muat turun aplikasi ini pada peranti tersebut. Namun oleh kerana ketika itu aku kurang berminat dengan aplikasi yang memerlukan rangkaian internet, maka aku padamkannya dan sehinggalah beberapa hari lepas baru mula muat turun kembali.

Aplikasi molome ni boleh di muat turun secara percuma samada di Nokia Store (untuk sistem operasi symbian dan Meego), Google Play (namun aplikasi ini tidak dapat dikesan), ataupun Blackberry App World, mengikut pengeluar jenama peranti pengguna. Untuk ios aku tidak pasti kerana dilaman molo.me tidak mengesahkannya dan hanya tertulis “MOLOME for…. Something more is coming”. Mungkin sedikit masa lagi untuk IOS akan dapat menggunakannya.

Walaupun pada laman molo.me menyatakan yang mana aplikasi ini menampung untuk symbian termasuk symbian series 60 5th edition, saat aku mahu muat turun kembali untuk kali keduanya setelah sekian lama. Namun bila di cari pada Nokia Store pada peranti Nokia N97, ianya tidak dapat ditemui lagi. Perkara ini agak mengelirukan. Walaupun begitu, ia tetap boleh dimuat turun data aplikasi ini melalui pelayan web dan memasangnya secara manual.

Nikmati beberapa tangkapan skrin diatas untuk lebih mengenali aplikasi ini dengan lebih dekat sebulum anda menggunakannya. Tangkapan skrin ini yang digunakan pada peranti Nokia E7 dan mungkin berbeza mengikut sistem operasi peranti.

Sehingga itu, selamat berkongsi foto anda dengan rakan-rakan molome dari serata dunia.

Advertisements
Galeri | This entry was posted in Mobile. Bookmark the permalink.

One Response to Aplikasi : Molome

  1. Pingback: Galeria : Foto Dari Laman Molome | Petiirrzzz

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s