Nurhayani Zahirah : Antikfoto NokiarianE7 *02

Dipeningkatan usia Nurhayani Zahirah pada bulan ke-2 dan telah mencapai bulan ke-3 kini cukup baik, ragamnya makin ketara dan menghiburkan (kecuali ragam mengamuknya). Kebijaksanaannya membuatkan kami rasa bertuah dan mengharapkan Nurhayani Zahirah sentiasa dilindungi oleh-Nya.

Pertama – Gaya tidur dengan tangan terkangkang kiri dan kanan buat aku rasa kelakar sangat. Apa tidaknya. Kadang-kadang, walaupun dah kena dibedung. Ntah macam mana, tangannya masih boleh keluar dari kain bedung dan dilentangkan/depa kiri kanan untuk tidur yang selesa.

Kedua – Masa menyusu pula, dia juga sibuk mahu pegang botol susunya. Siap pegang dengan dua-dua belah tangan lagi. Kadang-kadang, dengan jarinya – dengan puting susunya – nak dimasukkan ke mulut. Ntah mana satu dia nak nyonyot.

Ketiga – Semasa bergambar juga, Hayani macam tahu-tahu je nak tengok lensa kamera. Tapi kalau masa dia tengah tak ada mood, tak payah nak pujuk untuk tengok kamera. Memang susah nak dapat. Dia tengok kejap dan bila nak tekan je ‘shutter’ kamera, terus dia pandang lain. Huhuu…

Keempat – Tangan kiri dan kanannya suka sangat gosok muka bertalu-talu, sampaikan naik merah muka. Tu tanda-tanda dia dah mula bosan dan dah nak mengamuk. Jadi kena cepat-cepat la sediakan susu. Kalau tak, memang haru la jawabnya. Meraung sampai rumah sebelah pun boleh dengar.

Kelima – Mengomol tangan makin menjadi-jadi sekarang ni. Lenjun seluruh tangannya dan meleleh-leleh hingga ke pipi. Masam je selalu, huhuu… Beberapa hari lalu dah berhenti, tapi kejap je. Sekarang ni dah sambung balik, malah makin menjadi-jadi plak. Bunyi “churp-chrup” pun makin kuat masa dia hisap tangan tu. Yelahh… dengan kedua-dua belah tangan mahu masuk ke mulut.

Keenam – Dah mula tahu perasaan geli bila je kena gomol. Kadang-kadang terkekek-kekek suka, tapi ada satu hari tu. Bila kena gomol, gayanya macam marah je. Nangisnya tidak, tapi suara dia tu macam tak benarkan geletek perut dia berterusan. Kuat plak suaranya marah, ahh… ahhh…

Ketujuh – Dah pandai tengok citer katun sambil tersenyum-senyum. Pagi-pagi lagi dah kene layan BabyTv, dengan ibu dengan papa sekali leka tengok BabyTv.. Nak kene langgan la gamaknya ni. (buat masa ni masih percuma untuk beberapa hari)

Hasil Antik ini diproses menggunakan aplikasi Foto Editor yang telah sedia ada pada Nokia E7, manakala penyusunan gambor menggunakan ‘software Photoscape’ melalui komputer.
Advertisements
Galeri | This entry was posted in Fotografi, Portret. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s