Aplikasi : myExplorer

myExplorer, antara aplikasi yang menjadi kegemaran sehingga kini untuk aku berhubung antara telefon pintar Nokia E7 dengan komputer peribadi. Samada menggunakan Windows Xp, Vista, Windos 7, Mac Os X atau pun Linux. Ia mampu berhubung tanpa wayar untuk memindahkan fail dari peranti ke komputer atau pun dari komputer ke peranti dengan hanya menggunakan peranti seperti Nokia E7. Malah tanpa memasang apa-apa perisian khas pada komputer.

Bukan itu saja, ia juga mampu untuk melindungi folder yang dikongsi dengan katalaluan bagi mengelakkan maklumat yang penting terlepas keluar. Paparan teks tontonan maju dengan pengekodan adat, saiz fon dan warna serta aliran pintar juga amat memudahkan dan mesra pengguna. Perkara lain yang jarang aku gunakan adalah dapat mengekstrak fail dari format zip, rar, 7z, tar, gz dan arkib bz2.

Perkara pertama perlu dibuat setelah memasang aplikasi ini pada peranti anda adalah  menyediakan tetapan penyambungan. Pilih butang ‘option’ kemudian pilih ‘add network share’.

Langkah seterusnya, anda memasukkan nama komputer anda, nama folder yang telah anda kongsikan pada komputer dan nombor alamat IP komputer anda. Itu sudah memadai.

Setelah rangkaian tersedia seperti yang telah aku sediakan, hanya perlu tab sahaja rangkaian yang dikehendaki untuk penyambungan dan mengakses folder yang telah dikongsi. Jika titik kelabu telah bertukar pada hijau, itu bermakna penyambungan berjaya.

Semua perkara yang anda perlukan telah disediakan dengan kemas dan teratur. Ohh.. tertinggal, lebih mengujakan. anda mampu menambah terus ‘folder’ baru untuk komputer anda terus dari peranti, asalkan komputer anda dihidupkan.

Antara perkara yang selalu aku gunakan selain pemindahan data adalah mendengar dan melihat kandungan dari komputer terus diperanti sepeti fail mp3, simpanan gambar dan paling utama adalah kandungan video seperti movie.

Dewasa ini amat jarang aku membeli DVD cerita di pasaran, hanya memuat turun dari rangkaian internet. Maka data terus tersimpan pada cakera keras komputer. Jika mahu menonton pada komputer, ia amat menyiksakan. Maka, aku hanya perlu sambungkan peranti pada lcd tv melalui kabel hdmi dan mengakses data pada komputer menggunakan aplikasi ini. Ia dapat di tonton seisi keluarga.

Selain itu, anda boleh menonton movie terus pada peranti anda biar pun dimana berada selagi dalam rangkaian tanpa wayar (wifi).

Untuk memutuskan sambungannya, anda hanya perlu tekan lama pada sambungan aktif. Setelah itu, anda hanya perlu pilih memutuskan sambungan (disconnect). Cukup senang.

Aplikasi ini boleh didapati pada Nokia Store pada harga rm6.00 ketika entri ini dikeluarkan. Penggunaannya amat mudah dan sempurna. Dapatkannya sekarang aplikasi yang disediakan oleh Ilko Tsenov ini.

p/s: Abaikan nama komputer pada link yang tertera pada gambar-gambar di atas. hehee…
Advertisements
Galeri | This entry was posted in Mobile. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s