Aplikasi : Belle Extra Button

Sudah agak lama juga aku tidak mengeluarkan entri aplikasi yang digunakan dan mengikut pendapat persendirian yang ianya cukup berguna dan perlu di pasang pada peranti Nokia yang berlandaskan sistem operasi Belle (mungkin juga Symbian ^3 dan Anna).

Jika dikira-kira, ini adalah aplikasi kedua yang aku kupas dilaman ini selepas menggunakan Nokia E7 (sebelumnya aplikasi untuk Nokia N97, Symbian ^1). Pada dasarnya bukanlah hanya 2 aplikasi yang aku gunakan untuk peranti ini, namun oleh kerana kengkangan masa yang agak terhad kini, membuatkan ia agar sukar untuk aku meneruskannya dengan lebih kerap.

Malah kemungkinan besar, kupasan yang dibuat bermula kini. Ianya tidak terlalu terperinci kerana bimbang menyalahi mana-mana syarat kepenggunaan yang mungkin telah ditetapkan.

Berbalik pada tajuk asal, aplikasi ini adalah dikhususkan untuk peranti Nokia Belle supaya lebih kemas dan sempurna. Ia meletakkan dua butang tambahan pada toolbar skrin utama dan aplikasi grid (menu) agar lebih mudah diakses tanpa mengharapkan butang fizikal utama keseluruhannya. Ia juga menyokong kedua-dua sudut putaran skrin iaitu mod landskap dan mod potret.

Terdapat 3 pilihan diberi dan hanya 2 boleh diakses :

Pertamanya butang Kunci, digunakan untuk mengunci paparan skrin secara sesentuh tanpa perlu butang kunci fizikal dan auto kunci. Selain itu, jika butang kunci ditekan lama. Ia akan mengaktifkan fungsi mula semula telefon (restart).

Kedua adalah butang Bateri, ia untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan mod penjimatan kuasa dengan tekanan lama. Jika tekan biasa, ia akan memaparkan peratus kuasa bateri yang tinggal.

Ketiga pula adalah butang Paparan Aplikasi Belakang Tabir. Ia memaparkan aplikasi-aplikasi yang berjalan dibelakang sistem malah dapat menutup semua aplikasi dengan tekan lama.

Aplikasi ini boleh dimuat turun ni Nokia Store pada harga RM2.00 (buat masa entri ini diterbitkan). Aplikasi ini yang mana dikeluarkan oleh MrAlshahawy, juga telah banyak mengeluarkan aplikasi lain di Nokia Store.

Kemaskini 13 Disember 2012

Antara beberapa aplikasi berbayar yang aku gunakan, aplikasi ini yang kerapkali melancarkan versi kemaskini terbaru dengan pelbagai penambahbaikan. Agak banyak juga kemaskini yang telah dilancarkan, cuma aku tidak berkesempatan untuk sentiasa terbitkan pada laman ini.

Dengan versi 1.7.3 yang telah pun dikeluarkan, ia menyelesai beberapa masalah seperti yang dinyatakan pada tangkapan skrin di atas. Malah, turut serta menambah beberapa tetapan tatarajah agar kelihatan makin menarik mengikut citarasa para pengguna.

Advertisements
Galeri | This entry was posted in Mobile. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s