Santai : Angin Petang Taman Rekreasi Teluk Ibai (Masjid Terapung)

Rabu lepas, sempena cuti Pertabalan Agung yang ke-14 tahun ini. Berkesempatan juga ambil masa untuk jalan-jalan makan angin sekitar Kuala Terengganu. Agak lama rasanya tak pusing-pusing tempat-tempat menarik yang terdekat, terlalu sangat guna laluan yang sama  semasa pergi dan balik kerja. Dah naik muak pun ada. Tambahan lagi, A33 tersimpan je dalam jangka masa yang paling lama buat masa ni. Sesekali kena la juga panaskan, nanti risau berfugus plak.

Hajat untuk bawa Hayani jalan-jalan sekitar kawasan Masjid Terapung pun tercapai hari tersebut. Apa tidaknya, perancangan tu dah agak lama dirancang. Namun kerana risau Hayani meragam tempat awam dan masa yang ada agak terhad, maka terkubu buat seketika. Mungkin belum tiba masanya lagi untuk keluar ketika tu.

Tapi bila dah keluar, memang tak disangka. Tengok saja matanya tu, bulattt…. je. Macam ibu dia. Lagi-lagi bab-bab berjalan ni. Huhuu… Anak ibu betul la kan?

Pape pun, pertama kali dapat keluar jalan-jalan bersama ni memang teruja la juga. Sebelum ni, tengokkk…. je orang bawak anak-anak makan angin petang. Hehh…

Walaubagaimana pun, kini kami merasa sendiri keseronokkannya. Tambah-tambah lagi ibunya, seperti yang aku cakapkan tadi. Bab berjalan, makan angin, serah je. Huhuu… Tapi sedikit penat la juga bila berjalan dengan bayi ni, barang-barang keperluannya mesti bawa ke hulu ke hilir bersama. Nanti tiba-tiba mau susu, tak keruan lari ke kereta ambilkannya.

Suasana petang kat sini memang nyaman sangat, dengan angin sepoi-sepoinya, terbentang tasik depan mata. Nak kata panas tu tidak la sangat disebabkan banyak pokok-pokok kelapa dan pokok rhu sekitar sini.

Tengok. Nyaman je kan. Memang tempat yang sesuai untuk anak-anak bermain. tambahan lagi masa cuti begini, cukup ramai ahli keluarga yang membawa anak-anak mereka bersiar-siar sambil berkelah sama.

Ahli-ahli fotografi pun tidak kurang juga yang ‘shoot’ Masjid Terapung.

Hajat asalnya mahu datang pagi ke sini lepas sarapan roti canai. Dah lama papa Hayani nak makan, tapi tak kesampain juga lagi. Dek kerana paginya Hayani merengek jekk… Kena tunda ke petang hari. Pagi pun disini tetap meriah dengan pengunjung yang datang beriadah selepas sarapan di luar.

                                                                 Kebetulan juga rakan-rakan sepejabat turut merancang untuk berkelah pada petangnya. Jadi apa salahnya turut serta dan meriahkan lagi suasana.

Tengok kakak Aisah, cute jekan. Tengah main bola dengan kakak lagi sorang. Tapi bola dan kakaknya tak nampak. Huhuu….

Hidangan pun dah tersedia, apa lagi jom makan-makan. Tapi kami buat kuih kat kedai je, tak sempat Eyla nak masak-masak. Huhuu…. Nanti lain kali dan berkesempatan boleh la kami bawa yang dimasak sendiri ye…

Hidangan yang dibawa memang suka habislah. Cukup menyelerakan.

Walaupun cukup selera menyentap hidangan, tapi jangan lupa bergambar. Betul tak? Nanti nak tengok-tengok suasana meriah ni lagi.

Bukan selalu dapat begini. Yelahh… Pastinya masing-masing ada hal yang tersendiri untuk diadakan selalu.

Antara hidangan yang dibawa bersama, terutama pizza maggie. memang menjadi, cukup lama aku cuba pelajarinya, namun hasilnya belum cukup memberangsangkan.

Bila ada masa masih lagi mahu mencuba, belum cukup puas lagi mahu mencuba sendiri.

Mee goreng ada, roti sandwich pun ada, kek muffin ada juga dan yang lain-lain dibuat khas dari kedai tak perlu la nak tunjuk kan? hehheee….

Terima kasih pada semua-semua yang menjemput sama memeriahkan hari cuti tersebut. Beramai-ramai bertambah lah seronoknya.

p/s : Sesiapa yang tiada dalam gambar dan gambarnya tidak jelas, maaf lah ye. Jurufoto tak berapa mahir, lagi pun sibuk dengan budak kecik yang kat atas nun. Jadi kelam kabut la sikit. hehee…
Advertisements
Galeri | This entry was posted in Am, Fotografi, Portret. Bookmark the permalink.

2 Responses to Santai : Angin Petang Taman Rekreasi Teluk Ibai (Masjid Terapung)

  1. Zenia hikari berkata:

    menyantap makanan bukan menyentap yer.. hehehe.. saje komen.. hahaha..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s