Komentar

Hari ni aku rasa teruja pun ada dengan laman “Petiirrzzz” aku yang tak seberapa ni. Apa tidaknya, dah sebulan aku abaikan tanpa entri terbaru dan sesekali je bukak, alih-alih baru terperasan ada satu komentar yang tak dikenali dimasukkan dalam ruangan “spam”.

Teringin jugak nak tahu sapa la yang hantar komentar sampaikan dikategorikan sebagai “spam” ni. Pemiliknya memang tak aku kenali langsung. Macam mana nak kenal, tengok aje lah kat bawah ni.

Tulis plak dalam orang putih, nama pun agak pelik la kalau dalam negara. Jadi, sah-sah la pengomen di atas ni dari luar negarakan? Huhuuu…. Rasa macam hebat je kejap disebabkan ada juga yang sudi komen laman “Petiirrzzz” aku ni, lagi-lagi dari luar negara. Dah la jarang sangat dapat komen, huhuuu……

Aku cuba juga link menggunakan namanya tu, namun tak dapat dikesan. Hanya keluar arahan dari laman chrome ni untuk menterjemahkan bahasa Jerman. Mungkin Pengomen di atas ni berasal dari Jerman.

Apa-apa pun, aku amat berterima kasih kepada beliau kerana sudi juga jenguk laman aku ni walau pun dalam bahasa melayu rojak. Malah amat aku hargai ulasan komentar beliau. Aku juga ada balas komen tersebut, dalam bahasa omputih la juga. huhuuu…. tapi agak terabur la kan. Nak tau apa yang aku balas sila link ke sini.

Walaupun disini aku berterima kasih kepada beliau yang sudi tinggalkan komen, namun aku juga tetap berterima kasih kepada sesiapa sahaja yang singgah ke laman ini dan sudi meluangkan sedikit masa. Biar pun tanpa meninggalkan sebarang jejak. Jika anda ada tinggalkan pendapat, yang membina mahu pun mengkritik, amat-amat aku hargai juga.

Kalian teruskan lah mengikuti laman aku ni yaa..

Advertisements
Galeri | This entry was posted in Am. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s