Aplikasi : CutePress untuk WordPress

Agak lama juga aku seret skrin E7 ni ke bawah pada halaman aplikasi Nokia Store. Satu persatu aplikasi dilihat, akhirnya berhenti pada satu aplikasi percuma yang logonya berwarna hijau. Dengan nama CutePress agak menarik minat aku. Adakah ni aplikasi sebagai ganti aplikasi WordPress?

Ya, betul. Memang tepat sekali, inilah aplikasi yang aku cari selama ni. Agak lama mencari dengan katanama wordpress sejak menggunakan Nokia E7 ni, sememang tidak dijumpai. Rupanya menggunakan katanama CutePress sebagai ganti untuk peranti yang menggunakan sistem operasi Nokia Belle. Malah entri lepas juga aku telah nyatakan bahawa Nokia Belle tidak menyokong WordPress, rupanya aku silap. Mungkin juga telah lama menggunakan CutePress, malah semasa diawal penggunaan sistem operasi symbian ^3 lagi.

Maka kali ini, mari pula berkenalan dengan aplikasi CutePress ni. Pastinya antara muka yang lebih menarik dengan logo yang berlatarkan warna hijau dan huruf CP sebagai singkatan Cutepress berwarnakan kuning.

Apa yang menarik aplikasi CutePress ini berbanding sebelumnya aplikasi WordPress pada sistem operasi Symbian ^1? Perkara pertama yang betul-betul menarik minat aku adalah, ia mampu digunakan dengan lebih akaun pada satu aplikasi (multi user). Jika anda mempunyai 2 – 3 akaun wordpress sekali pun, ia boleh ditambah pada halaman pertama selepas anda daftar masuk akaun pertama melalui icon tambah. Ini sememang kemudahan yang cukup sempurna.

Pada paparan kedua, anda boleh lihat sekali imbas angka kandungan yang terdapat dalam laman anda seperti seberapa banyak ‘page’, ‘post’, ‘comment’ dan media. Anda hanya perlu  tab pada menu yang dikehendaki untuk melihat isi kandungannya. Warna hijau pada hunjung tajuk entri tersebut menandakan entri itu telah selamat diterbitkan. Jika ia berwarna jingga, entri tersebut belum diterbitkan. Sebaliknya ia disimpan sebagai lakaran dalam simpanan tempatan (local draf).

Untuk paparan tetapan (setting), tidak banyak perkara yang boleh dilakukan. Hanya tetapan tema dan ‘thumbnail cache’ . Terdapat dua jenis tema yang telah disediakan iaitu ‘light’ dan ‘dark’.

Paparan menulis amat sempurna, tidak jauh beza dengan kemudahan yang disediakan pada laman ‘web dekstop window’ , malah untuk penambahan gambar dan video amat mudah dan berjalan dengan lancar. Paparan untuk membaca entri juga amat menarik dengan lancarnya memaparkan gambar yang telah disertakan. Namun untuk gambar yang agak besar, ia mungkin tidak dapat dibaca ataupun perlu untuk tunggu seketika kerana fail yang berat dan besar. Boleh juga tag kategori yang telah tersedia pada entri yang akan diterbitkan.

Dari pandangan aku, aplikasi ini cukup sempurna dan tidaklah mengharapkan ‘dekstop’ sepenuhnya untuk melancarkan entri yang bersederhana dan tidak terlalu berat pada laman blog wordpress anda. Namun seandainya tiada rangkaian internet, anda mampu untuk melakar terlebih dahulu dan terbitkan setelah terdapatnya sambungan internet.

Selamat menggunakannya.

Advertisements
Galeri | This entry was posted in Mobile. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s