5 Perkara Suka Tidak Suka Nokia Belle E7

Sejak dari 11 Februari 2012, hari ni hari yang ke sebelas aku menggunakan peranti yang berlandaskan operasi sistem Belle dari Nokia. Dalam pada itu, ada beberapa perkara yang membuatkan aku suka dan beberapa perkara yang aku tidak suka. Rasanya seperti sedikit kekurangan berbandingkan dengan Symbian^1 dari Nokia N97 yang telah aku gunakan sebelum ni.

1. Screen Saver

Suka – Terdapatnya paparan jam dan tarikh sepanjang berada dalam mode selamat. Kecuali anda aktifkan penjimatan kuasa, ia tidak dapat diaktifkan. Paparan ini memberi kemudahan untuk melihat waktu dan tarikh dengan lebih pantas dengan sekali imbas sahaja.

Tidak suka – Paparan ‘screen saver’ ini hanya aktif pada kedudukan portret dan tidak dapat diputar pada sudut landskap.

2. Kalendar : Paparan Tugasan/Agenda

Suka – Penambahan aktiviti pada kalendar dapat dibezakan mengikut kategori yang boleh ditetapkan pengguna, malah mampu dibezakan dengan pemilihan warna yang berlainan.

Tidak Suka – Setiap tugasan yang telah ditanda selesai,ia tidak memaparkan waktu dan tarikh bila sesuatu tugasan itu diselesaikan. Tidak seperti pada Nokia N97 yang menggunakan Sistem Operasi Symbian ^1.

3. Peta Nokia

Suka – Aplikasi ni sememangnya aplikasi yang terbaik diantaranya, malah untuk versi terbaru ini ia lebih pantas untuk diakses. Selain itu, aplikasi lain di dalamnya seperti pandu, ‘check in’ dan cuaca diasingkan pada bahagian menu. Ini bermaksud, sebagai aplikasi yang berlainan.

Tidak suka – Semasa menggunakan navigasi, aku tidak dapat menetapkan beberapa tempat untuk dituju dalam satu perjalanan dengan sekali tetapan. Aku terpaksa memilih satu persatu, setelah sampai destinasi pertama, aku perlu tetapkan destinasi kedua pula. Ini sama sekali tidak sama dengan Nokia peta pada Nokia N97 yang menggunakan versi 3.06.

4. Kedai Nokia : Aplikasi

Suka –  Terdapatnya aplikasi permainan  yang terbaru malah dalam HD. Paparan yang amat cantik dan bersemangat untuk dimainkan.

Tidak Suka – Masih terdapat beberapa aplikasi yang tiada dan agak penting untuk aku, terutama aplikasi wordpress. Agar sukar untuk aku berblog secara bebas.

5. Aplikasi Rangkaian Sosial : FB

Suka – Tidak suka sangat, kecuali ia beroperasi agak pantas dan paparannya agak menarik. Secara seriusnya, aku tidak teruja sangat.

Tidak suka – Masih tiada khidmat pemberitahuan kecuali untuk tarikh lahir rakan dan mesej baru. Malah pemberitahuan tidak terus ke skrin utama setelah aplikasi bermain dibelakang takbir serta tiada fungsi ‘chat’. Agar sukar dan sedikit mengecewakan. Terpaksa menggunakan aplikasi pihak ketiga di Nokia Store contohnya facinate (percuma) atau fmobi (berbayar).

Selain perkara yang tidak dinyatakan, aku amat suka dan berpuas hati dengan adanya Nokia Belle ini, kecuali beberapa perkara yang tidak disediakan pada Nokia E7 (perkara berlainan) seperti Fm Transmeter, fokus pada kamera dan tiada penutup kamera, aplikasi nota Aktif (perlu dipasang dari kedai Nokia), Aplikasi conveter (perlu dipasang dari kedai Nokia), speaker yang hanya satu dibahagian belakang, tiada slot memori kad dan mungkin beberapa perkara yang aku terlepas pandang, yang mana sama sekali terdapat pada Nokia N97.

Beberapa perkara yang disebut, mungkin dipandang kecil namun agak besar pada sesiapa yang selalu menggunakannya. Aku berharap Nokia akan membawakan kemas kini untuk perkara -perkara ini pada Sistem Operasi Nokia Belle.

Advertisements
Galeri | This entry was posted in Mobile. Bookmark the permalink.

2 Responses to 5 Perkara Suka Tidak Suka Nokia Belle E7

  1. Pingback: Aplikasi : CutePress untuk WordPress | Petiirrzzz

  2. Pingback: Aplikasi : Kemaskini Peta Nokia Versi 3.09 | Petiirrzzz

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s