Kenapa Nokia E7? (bahagian pertama)

Kenapa aku masih memiilih Nokia E7 (symbian ^3/Anna/Belle) sebagai “smartphone” kedua selepas setahun lebih menggunakan Nokia N97 (symbian ^1). Sedangkan kini dunia mobiliti telah berubah angin kepada samsung (android) yang tengah hangat dengan pelbagai saiz dan harga mampu milik. Malah Nokia sendiri telah mengeluarkan “smartphone” terbaru, Nokia Lumia yang menggunakan Operasi Sistem dengan kerjasama Microsoft iaitu Window Phone.

Di sini aku jelaskan secara berperingkat dari masa ke semasa beberapa perkara yang menarik minat aku untuk menggunakan dan memilikinya.

1. Rekabentuk – Dengan bentuk yang ‘simple’ namun menarik dan masih agak nipis walaupun mempunyai papan kekunci. Walaupun agak nipis, ia masih sedap dipegang sebelah tangan dengan bentuk melengkung dibahagian tepinya. Beratnya tidak terlalu ketara dan badannya bukanlah plastik. Selain itu, butang menu secara fizikalnya mempunyai kelip-kelip cahaya sebagai pemberitahuan untuk panggilan yang tidak dijawab dan mesej baru yang belum dibaca. Skrin seluas 4″ agak memuaskan dan senang untuk dibawa ke dalam poket. Pada bahagian atas dan bawah yang rata, mampu untuk meletakkan peranti ini secara berdiri (ada berani?).

Badan dari aluminium (anodised aluminium)

2. Papan kekunci – Mengikut pendapat aku. Kemungkinan ini “smartphone” terakhir yang menggunakan papan kekunci penuh qwerty nyata. Dan dalam masa yang sama, masih beroperasi dengan skrin sentuh. Malah boleh tengok sekarang ni, semuanya kebanyakan mengeluarkan model skrin sentuh penuh. Kadangkala, ada masanya. Memang mahu menggunakan papan kekunci nyata untuk penaipan yang panjang dan lebih selesa. Untuk jari jemari yang agak besar, pasti selalu bermasalah dengan “typo” bila menggunakan skrin sentuh. Begitu juga Nokia E7 ni.

Bila sahaja skrin ditolak ketepi dan menampakkan papan kekunci, ia seakan laptop yang berskala kecil. Penuh bergaya.

Papan kekunci nyata dan maya pada posisi landskap

Mode abjad dan qwerty skrin sentuh pada posisi portret

3. Peta Nokia dan Navigasi Suara – Telah memang diakui, Peta Nokia sememang peta yang terbaik untuk digunakan termasuklah navigasi suaranya. Malah, percuma seluruhannya. Bermula dari aplikasi yang telah tersedia, kepada muat turun data dan semasa menggunakan aplikasi. Semua percuma. Tidak perlu lagi aplikasi pihak ketiga yang berbayar.

Setiap tempat yang ditanda, ia mampu untuk disegerakkan dengan akaun persendirian pada laman peta nokia. Maka tidak perlu risau untuk kehilangan data ataupun bertukar kepada “smartphone” nokia lain. Asalkan akaun nokia anda dapat diakses. Memang terbaikkan?

Peta dan navigasi suara terbaik

Sehingga sini dulu untuk bahagian pertama ini, aku akan sambung pada entri yang seterusnya. Terlalu panjang pun, bosan juga untuk dibaca. Apapun tunggu aje ye…

Advertisements
Galeri | This entry was posted in Mobile. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s