Nurhayani Zahirah : Mencukur Rambut

Peralatan mencukur

29 Januari 2012, genap 7 hari kelahiran Nurhayani Zahirah.

“Mengikut sunnah, elok dicukurkan rambut bayi sehingga licin dan diberi manis-manisan kepada bayi. Malah rambut yang dicukur perlu ditimbang bagi mendapatkan nilai yang setara dengan emas/perak bagi disedekahkan kepada sesiapa yang sesuai selepas menjalankan ibadah aqiqah. Malah pada hari ini juga diberikan nama yang baik-baik maksudnya kepada bayi tersebut.”

Ini dari apa yang aku faham, jika terdapat sebarang kesilapan harap dibetulkan. Walaupun begitu, aku hanya jalankan yang termampu setakat ini. Untuk aqiqah tu, mungkin akan diganti dengan mengambil sebahagian semasa Raya Qurban dimasa mendatang. InsyaAllah, moga dipermudahkan.

Nurhayani Zahirah tersenyum memandang moyang saudaranya yang akan cukurkan rambutnya nanti

Belum sempat apa-apa lagi dah lena, susu pun meleleh lagi

Kenapa harus dicukur rambut bayi sehingga licin? Dari pembacaan aku, dinyatakan bagi membersihkan kotoran-kotoran yang ada pada kulit kepala bayi tersebut ketika di dalam rahim serta membuka rongga-rongga pada kulit kepala agar lebih sihat. Bukan ke bayi tu dah mandi, siap sabun lagi. mesti dah bersih? Sememangnya, itu pada zahirnya. Namun ini secara rohaninya dan yang tidak mampu dilihat dengan mata kasar. Selain tu juga, mengalakkan pertumbuhan rambut yang lebih sihat.

Walaupun disunnatkan cukur sampai licin, tapi tidak sampai hati pula kerana mungkin akan menyakitkan bayi nanti, risau terkena kulit kepalanya yang lembut tu. jadi, tidak lah licin sangat cukurnya. Keselamatan juga mungkin perlu diberi perhatian jugakan? Ni pandangan aku aje lah.

Terima kasih Fak Imah

Sepanjang kena cukur, Nurhayani Zahirah memang tiada karenah langsung. Lena pula tidurnya, mungkin seronok kepalanya diusap-usap. Tengok mulutnya tu, ternganga dan tak tutup-tutup pun. hehhh….

Nampak lain sikit bila dah hampir botak, hehee…

Nota : Jika kenyataan yang dikeluarkan terdapat sebarang kesilapan, moga perbetulkan dibahagian komen dan berharap sama-sama mendapat manafaat darinya.
Advertisements
Galeri | This entry was posted in Fotografi and tagged . Bookmark the permalink.

One Response to Nurhayani Zahirah : Mencukur Rambut

  1. Pingback: Am : Rindu 2013 | Petiirrzzz

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s