Nurhayani Zahirah : Cahaya Yang Hidup Berseri-seri buat kami

Isnin, 23 Januari 2012 lepas. Jam 9.25 pagi, lahirnya Cahaya Yang hidup Berseri-seri dalam takdir kami bertempat di Hospital Batu Pahat. Sempena Tahun Baru Cina, agak ramai juga permata-permata baru bakal dilahirkan dan ruang menunggu dewan bersalin agak sesak dengan bapa-bapa yang setia menanti termasuk aku.

***

Jarak Fokal 45mm | F/5.6 | Masa Dedahan 1/13sec. | ISO 100 | Prioriti Apertur

*** SEBELUM ***

Ahad, 22 Januari 2012. Pagi-pagi lagi ibunya mengadu sakit perut dan mengalami sedikit pendarahan.  Tanpa berlengah, matlamat pertamat yang hanya mampu difikirkan adalah hospital. Segera bersiap dan terus ke Hospital Batu Pahat untuk menjalani pemeriksaan sepatutnya dan hasilnya masih awal. Kemungkinan tanda-tanda awal sebelum tempoh matang untuk bersalin, walaubagaimana pun di sarankan untuk tinggal di wad pesakit terlebih dahulu oleh kerana tempoh bersalin yang sudah hampir.

Sabtu, 21 Januari 2012. Cuti minggu yang bersambungan dengan cuti bagi Perayaan Tahun Baru Cina memberi peluang untuk balik kampung lebih awal dan bercuti dengan agak lama. Sepanjang pemanduan berseorangan sedikit membosankan tapi mampu pecut sedikit laju, malah sampai ke kampung Bagan Laut, Rengit lebih awal dari dari sepatutnya. Sekitar jam 7.30 petang, kira sempat lagi menonton rancagan kegemaran. Doraemon, hehhh. Malamnya keluar makan malam bersama keluarga bersekali Keluarga Ucu dan Fak Amang serta Mak Wang. Namun siapa tahu mungkin untuk merai untuk hari esok, bakal ketibaan orang baru. Hanya Allah yang tahu.

***

Jarak Fokal 55mm | F/5.6 | Masa Dedahan 1/30sec. | ISO 800 | Prioriti Apertur

*** SEMASA ***

Jam 9.00 pagi, terima panggilan yang ibunya akan dimasukkan ke dewan bersalin. Segera ke Hospital dan sekitar 9.30 pagi sampai di sana. Masih belum menerima apa-apa berita, sehingga sekitar jam 11.00 lebih baru kedengaran nama ibunya dipanggil jururawat sambil membawa kad berwarna merah. Aku ke dalam bagi mengesahkan bayi serta mengiringi ke wad bersalin yang bakal ditempatkan.

Ketika menunggu, perasaan sedikit tak sabar dan bosan kerana agak lama  (namun masih ada penunggu lain yang lebih lama)  malah berdebar-debar juga, beberapa kali aku tepuk dada sendiri bagi mengihalangkan rasa gelisah. Pesakit agak ramai dan pintu dewan bersalin kerap kali dikuak buka, malah sekerap itu juga kepala ni tanpa disedari akan menjengah ke pintu dewan tersebut.

Ketika nama ibunya dipanggil. Belum habis nama dibaca, aku dah melulu ke jururawat tersebut dan perasaan rasa kabur. Apa yang jelas, pandangan terus ke jururawat tersebut dan suasana sekeliling kabur berlalu dengan pantas. Apa mampu disamai ialah tak ubah seperti seni fotografi yang bersifat Bokeh. Penegasan terhadap objek utama dan sekeliling yang kabur. Hehh… Begitu juga semasa mendokong bayi pertama kami ini, seolah-olah tidak percaya langsung malah beberapa kali aku bertanyakan jururawat tersebut. Lelaki atau perempuan. Padahal, jururawat tersebut telah sahkan untuk aku melihatnya dengan mata sendiri. Tapi selagi tidak mendapat pengesahan secara lisan, aku agar kurang yakin dengan apa yang aku lihat. Bertapa hebat perasaan itu dan aku seakan tak percaya aku ada bertanya jururawat macam ni, “Isteri saya macam mana?” Dah gaya macam dalam drama tv pun ada, hehhh….

Petangnya, Ma dan Bak sampai ke Hospital Batu Pahat bagi melawat cucu petama mereka. Terima kasih kerana melawat sejauh ini. Apa perasaan aku? Sedikit bangga kerana mampu mengurniakan mereka cucu pertama dan aku juga bergelar seorang ayah. huhuu… Sekitar jam 9.30 pagi hingga 11.00 pagi tersebut, telah beberapa kali Bak aku telifon bertanyakan telah selamat dilahirkan atau tidak. Namun aku sendiri tidak tahu dan menjawabnya, belum. Samentelah ketika itu semuanya telah selamat, mungkin itu yang dikatakan pengalaman dan “six sense” seorang datuk. Ketika itu mereka berada di Mersing, rumah nenek aku.

***

Jarak Fokal 50mm | F/5.6 | Masa Dedahan 1/80sec. | ISO 800 | Prioriti Apertur

*** SELEPAS ***

Selasa, 24 Januari 2012. Kebenaran untuk pulang lebih awal semalam tidak berhasil oleh kerana ini adalah anak pertama dan perlu genap 12 jam berada di wad. Namun hari ini semuanya dibenarkan pulang pada tengah harinya, Selamat dan normal. Syukur kepada-Nya. Perjalanan dunia baru akan bermula.

***

Nota : Gambar dirakam pada hari ketiga kelahiran 25 Januari 2012.
Advertisements
Galeri | This entry was posted in Fotografi, Portret. Bookmark the permalink.

One Response to Nurhayani Zahirah : Cahaya Yang Hidup Berseri-seri buat kami

  1. Pingback: Am : Rindu 2013 | Petiirrzzz

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s