Landskap : Mentari Petang Di Pantai Sungai Lurus

Huhh… Agak lama juga aku tak mencorak coret kat laman Petiirrzzz aku ni. Idea tarak, tu yang mood kurang menyerlah. Tambahan lagi beberapa minggu lepas aku sibuk belajar mengenai networking. hehhh… sesaje nak amik tahu. kalau tidak mencuba dan berusaha, mana kita dapat ilmu. ye tak?

Al-maklum lagi, dari minggu lepas aku dah kembali solo sementara. haiihhhh…. Jangan fikir lain pula ye. Isteri aku dah menghitung hari untuk sambut orang baru. Sebelum pape, dipersilakan balik kampung halaman. Tak keruan jika bersalin jauh dari orang tua, dah nyata-nyata ni pengalaman pertama. Lebih baik bersama orang tua yang lebih tahu.

Dalam balik kampung tu, sempat juga kami ke Pantai Sungai Lurus, Senggarang, Batu Pahat. Ekoran dari cadangan seorang pembaca laman aku yang tak seberapa ni. Aku berterima kasih pada beliau atas cadangannya itu. Tempat ni memang menarik sangat. Bertambah lagi bila mentari merah diufuk barat. Tiptop.

Beberapa keping yang terbaik mampu aku rakamkan, teringin sangat rakam matahari senja ni. Peluang yang ada, aku guna semahunya.

Siput Laut

Jarak Fokal 55mm | F/5.6 | Masa Dedahan 1/160sec. | ISO 100 | Prioriti Apertur

Siput laut ni banyak dicelah-celah batu. Merayap perlahan-lahan. Setahunya, ia boleh dimakan. Tapi hingga hari ni, belum pernah lagi aku merasa. Mungkin juga seperti siput sungai yang sudah biasa dimasak lemak kuning.

Cahaya Dari Langit

Jarak Fokal 35mm | F/11 | Masa Dedahan 1/640sec. | ISO 200 | Prioriti Apertur

Teramat lama aku nantikan suasana begini. Bias cahaya yang memancar dari awan di langit amat mengujakan aku. Cepat masa berlalu, beberapa kali rakam namun cahaya tersebut dah hilang. Harap masih ada peluang dan dapat rakaman yang lebih jelas.

Garis Antara Waktu

Jarak Fokal 35mm | F/29 | Masa Dedahan 1/30sec. | ISO 100 | Prioriti Apertur

Kenapa aku ungkapkan sebagai Garis Antara Masa. Ini kerana sebelah kanan masih cerah namun bahagian kiri sudah gelap. Satu garis cahaya yang memisahkah antara mereka.

Tenggelam Dihujung Laut

Jarak Fokal 55mm | F/5.6 | Masa Dedahan 1/160sec. | ISO 100 | Prioriti Apertur

Gambar terakhir sebelum melangkah pulang. Sudah bosan bermain dengan keseimbangan, jadi aku sengetkan gambar ni untuk beri sedikit kelainan.

Advertisements
Galeri | This entry was posted in Fotografi, Landskap. Bookmark the permalink.

5 Responses to Landskap : Mentari Petang Di Pantai Sungai Lurus

  1. zakuanhasan berkata:

    salam sahabat, nice blog pasal Ganu. Duk mana?…kawe wife kat Wakf Temesu.

    • Petiirrzzz berkata:

      W/salam, terima kasih… laman tuan pun cukup hebat untuk foto perkhawinan dan portret malah boleh jadi tempat rujukan.

      Tinggal di kula terengganu ni jugak, Kg. Bukit Bayas.

  2. Pingback: Landskap : Foto HDR Pantai Sungai Lurus | Petiirrzzz

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s